Templat {{IMDb nama}} digunakan untuk menjana suatu pautan luar ke satu laman sesawang bagi orang dalam Pangkalan Data Filem Internet (IMDb). Ia sepatutnya digunakan hanya dalam ruangan "Pautan luar" pada suatu rencana. Sila ke bahagian Lihat juga untuk melihat templat-templat lain yang berkaitan.

Sintaks

sunting
{{tlp|IMDb nama|id|nama|seksyen=}}
  • id — untuk pengenal pasti bagi pautan luar orang yang dikehendaki. Ini adalah parameter wajib.
  • nama — untuk nama orang tersebut.
  • seksyen= — parameter tambahan untuk anugerah dan biografi.
Contoh

Berikut merupakan contoh penggunaan templat ini. Gantikan sintaks dengan parameter yang bersesuaian.

Contoh penggunaan
Kod Hasil
== Pautan luar ==
* {{IMDb nama|3603153|Lisa Surihani}}
Pautan luar
Untuk paremeter tambahan

Parameter |seksyen = boleh ditambah pada templat ini. Ia digunakan untuk menetapkan anugerah atau bio (alternatif biografi) untuk memautkan seksyen anugerah atau biografi untuk orang yang dikehendaki.

Contoh penggunaan
Kod Hasil
== Pautan luar ==
* {{IMDb nama|0439333|Maya Karin|seksyen=anugerah}}
Pautan luar
== Pautan luar ==
* {{IMDb nama|3603159|Shaheizy Sam|seksyen=biografi}}
Pautan luar

Arahan terperinci

sunting
  1. Salin dan tampal kod sintaks di atas ke dalam rencana.
  2. Pergi ke laman http://www.imdb.com/ dan gelintar orang yang anda inginkan. (katakan anda telah menaip "Tom Holland" dan anda akan menjumpai pautan http://www.imdb.com/find?q=Tom+Holland&s=all)
  3. Pilih "Tom Holland" yang bersesuaian daripada senarai yang disediakan dan ini akan membawa ke laman yang dikehendaki.
    1. Contoh yang dipilih adalah: Tom Holland (X) (Actor, The Impossible (2012))
  4. Anda kemudiannya akan mencapai laman yang mempunyai URL seperti http://www.imdb.com/name/nm4043618/.
  5. Salin hanya nombor yang terdapat pada pautan (4043618) dan abaikan nm.
  6. Gantikan id dalam templat kepada nombor yang telah disalin.
  7. Letakkan nama orang itu di dalam ruangan nama pada templat.
  8. Hasilnya akan kelihatan seperti di bawah.
Contoh penggunaan
Kod Hasil
* {{IMDb nama|4043618|Tom Holland}}

Lihat juga

sunting
  • {{IMDb syarikat}} — untuk syarikat
  • {{IMDb tajuk}} — untuk tajuk/judul karya (filem, program/siri TV, permainan video, dll)