Templat:GP/Minggu 28 2018
Peta Moxon merupakan sebuah peta dunia tahun 1681. Peta ini telah dihasilkan oleh Joseph Moxon (8 Ogos 1627 – Februari 1691), hidrografer kepada Charles II, merupakan seorang pencetak Inggeris yang mengkhususkan diri dalam buku matematik dan peta, pembuat glob dan instrumen matematik, serti ahli matematik. Beliau telah menghasilkan kamus bahasa Inggeris pertama khusus untuk matematik dan manual pengajaran terperinci yang pertama untuk pencetak. Pada November 1678, beliau telah menjadi ahli perniaga pertama yang dipilih sebagai Fellow of the Royal Society. Menerusi Peta Moxon, Maxon turut memaparkan ilustrasi gambaran tujuh hari penciptaan bumi di panel bahagian atas peta.Cornell University: Persuasive Cartography, The PJ Mode Collection