Templat:GP/Minggu 19 2018

Sirk Moul n'ga di Pergunungan Akakus
Pergunungan Akakus atau Tadrart Akakus (Arab: تدرارت أكاكوس; ALA-LC: Tadrārt Akākūs) membentuk satu banjaran gunung di gurun daerah Ghat, barat Libya, yang merupakan sebahagian daripada Sahara. Ia terletak di timur bandar Ghat dan menjangkau utara dari sempadan dengan Algeria, kira-kira 100 kilometer (62 batu). Walaupun kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang gersang di Sahara, ia mempunyai beberapa mata air dan telaga. Kawasan ini terkenal dengan seni batunya dan diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 kerana kepentingan lukisan dan ukirannya. Lukisan-lukisan seawal 12,000 SM sehingga 100 M ini menggambarkan perubahan budaya dan semula jadi di situ.Pir6mon

Lihat juga

sunting