Teluk Datok
Teluk Datok (Cina: 直落拿督) terletak di Banting, Selangor. Ia merupakan pusat pentadbiran daerah Kuala Langat. Beberapa sekolah dan pejabat kerajaan ditempatkan di sini. Sebuah jambatan baru telah dibina bagi menggantikan jambatan yang lama.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/42/Telok_Datok%2C_Kuala_Langat%2C_Selangor.jpg/220px-Telok_Datok%2C_Kuala_Langat%2C_Selangor.jpg)
Lokasi Teluk Datok amat hampir dengan Sungai Langat. Oleh itu segala aktiviti ekonomi amat bergantung kepada lokasi dan rupa bumi Sungai Langat yang berliku-liku dan amat hampir dengan muara sungai.