Telefon awam
Telefon awam, telefon umum atau telefon berbayar merujuk kepada telefon yang boleh digunakan oleh orang awam dengan bayaran menurut tempoh masa dan jarak yang ditetapkan. Bayaran tersebut boleh dilakukan menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad telefon) atau kad kredit sebelum panggilan dibuat.


Lokasi
suntingSeperti namanya, telefon awam boleh dijumpai di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, stesen bas dan keretapi, lapangan terbang dan juga di tepi jalan. Ia biasanya disediakan oleh syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon awam yang disediakan oleh pekedai bagi kegunaan pelanggan mereka.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Telefon awam |