Tekken 5
Tekken 5 (鉄 拳 5) adalah ansuran keenam dalam siri permainan video pertempuran Tekken. Ia juga menandakan ulang tahun kesepuluh daripada sirinya. Ia juga telah diperbaharui untuk PSP dan PlayStation 3 sebagai Tekken 5: Dark Resurrection dan diteruskan dengan Tekken 6 di konsol PlayStation 3 dan Xbox 360.
Tekken 5 | |
---|---|
Pembangun | Namco |
Penerbit | Namco |
Pengarah | Katsuhiro Harada (Supervisor, voice actor[1][2][3][4]) |
Siri | Tekken |
Platform | Arked, PlayStation 2 |
Pelepasan | Arcade
|
Genre | Pertempuran |
Mod | Seorang pemain, pemain berganda |
Sistem arked | Namco System 256 |
Plot
suntingSaat setelah Jin pergi daripada Hon-Maru (yang merupakan penamat kanonik daripada prekuel), helikopter mula mendekati Dojo. Bunyi bising menyebabkan Heihachi dan Kazuya bangun dan beberapa saat kemudian, satu skuadron Jack-4 meletup melalui dinding. Sasaran Jack 4 ialah Heihachi dan Kazuya.Kazuya dengan cepat membuat kesimpulan bahawa mereka telah dihantar oleh G Corporation yang tidak perlukan lagi Kazuya dan sekarang inginkan dia mati.
Heihachi dan Kazuya bertarung melawan Jack 4 dan menurunkan bilangan Android bersama-sama. Tetapi Heihachi mula kehilangan kekuatannya. Kazuya mengambil kesempatan melalui ini.Dia membaling ayahnya ke arah sekempulan Jack 4 dan kemudian menerkam dirinya sementara Devil Kazuya melarikan diri di dalam kemenangan. Beberapa saat kemudian, Hon-Maru meletup. Saksi letupan tersebut adalah agen misteri berpakaian hitam yang dikenali sebagai Raven.Dia menyatakan Heihachi telah mati dalam alat komunikasinya. Raven diserang oleh Jack 4 dengan yang dia membelahnya menjadi setengah.
Keesokan harinya, kematian Heihachi telah dinyatakan di seluruh dunia (tidak diketahui oleh semua orang bahawa Heihachi masih lagi hidup) dan semua orang meramalkan pengakhiran bagi Mishima Zaibatsu. Namun, orang lain telah mengambil alih syarikat dan perniagaan berjalan seperti biasa. Dua bulan kemudian, King of Iron Fist Tournament 5 diumumkan.
Sementara itu, Devil Gene Jin Kazama akan mengamuk dan ia memutuskan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab untuk perubahan tersebut dengan menyertai perlawanan. Kazuya juga memasuki pertandingan untuk mengetahui siapa yang di dalam G Corporation menghantar Jack 4 untuk cuba membunuhnya dan membalas dendam.
Sebagai Jin dan Kazuya dalam proses melalui perlawanan, akhirnya penaja rahsia pertandingan ini telah terungkap: Jinpachi Mishima iaitu ayah Heihachi dan yang telah hilang selama lima puluh tahun. Ternyata, Jinpachi adalah pengasas Mishima Zaibatsu dan merupakan pakar seni bela diri yang dihormati sehingga anaknya yang tamak, Heihachi mencuri syarikat daripadanya dan dia dipenjarakan di bawah tanah Hon-Maru selepas Jinpachi membina Coup d'état(Heihachi memerintah syarikat menjadi industri tentera dimana sesuatu yang Jinpachi memepercayai tidak benar). Jinpachi selepas itu meninggal kerana kelaparan sehingga Iblis mengambil alih fikiran dan diberikan kepadanya keabadian (sama seperti Devil Gene) dan Jinpachi akhirnya bebas daripada dipenjara ketika Jack 4 memusnahkan Hon-Maru. Segingga sekarang, Devil Gene secara perlahan mengambil alih fikiran Jinpachi dan Jinpachi telah mengumumkan perlawanan dengan harapan bahawa seseorang akan membunuh dia dan menamatkan kekuasaannya keganasan sebelum ia bermula.
Pada akhirnya, Jin berjaya ke peringkat akhir dan menghadapi datuknya di dalam bentuk syaitan dalam pertempuran. Pada akhirnya, Jin berjaya mengalahkan Jinpachi yang larut menjadi debu dan menghilang, keinginannya telah dipenuhi. Jin sekarang merupakan pemilik baru Mishima Zaibatsu.
Cara bermain
suntingTekken 5 dikreditkan untuk membawa kembali siri ke tapaknya.Sistem pertempuran lebih cepat, grafik yang diperbaharui,sekembalinya watak-watak yang terdahulu dan sebagainya. Benda baharu untuk Tekken 5 adalah sistem menghancurkan yang mempengaruhi pergerakan watak apabila mereka menyerang. Misalnya, bergerak apabila melompat seperti hopkick.
Tekken 5 termasuk bersama permainan mini pertempuran seperti mod Tekken Force di Tekken 3 dan Tekken 4 ia disebut sebagai Devil Within.Permainan mini ini pengembaraan Jin Kazama ketika ia mencari G Corporation dalam mencari maklumat tentang ibunya yang hilang dan jawapan yang lain. Berorientasikan cerita, pemain tidak dibenarkan untuk menggunakan pilihan watak mereka sendiri seperti dalam mod sebelumnya. Permainan juga menggunakan sistem kunci yang terhad, butang Tahan dan Lompat digabungkan serta butang menyerang dengan hanya butang "Menumbuk" dan "Menendang"(walaupun, beberapa pergerakan khas pertempuran Jin masih boleh dilakukan seperti Demon's Paw). Seiring dengan pertempuran dengan berbagai model Jack dalam permainan mini ini, pemain perlu mengejar kunci untuk meneruskan permainan. Mod ini adalah salah satu daripada dua cara untuk membuka versi Jin di dalam bentuk syaitan iaitu Devil Jin bagi dimainkan.
Senarai watak
suntingWatak lama
sunting- Paul Phoenix
- Nina Williams
- Yoshimitsu
- Kazuya Mishima
- Marshall Law
- Lee Chaolan
- Lei Wulong
- Jin Kazama
- Ling Xiaoyu
- Hwoarang
- King
- Julia Chang
- Bryan Fury
- Christie Monteiro
- Steve Fox
- Craig Marduk
- Anna Williams (unlockable)
- Baek Doo San (unlockable)
- Bruce Irvin (unlockable)
- Wang Jinrei (unlockable)
- Kuma (unlockable)
- Ganryu (unlockable)
- Mokujin (unlockable)
- Heihachi Mishima (unlockable)
- Panda (alternatif untuk Kuma)
- Eddy Gordo (alternatif untuk Christie)
Watak baru
sunting- Asuka Kazama
- Feng Wei
- Raven
- Jack-5 (berdasarkan kepada watak Jack yang lain daripada siri tetapi telah diberikan penampilan yang unik dan set-pergerakan membuatkannya watak yang baharu, malah yang telah diperbaharui)
- Roger Jr. (unlockable) (pemain mengawal ibu kangeroo yang tidak bernama sebagai Roger Jr. Ialah nama bagi anak di poketnya)
- Devil Jin (unlockable)
- Jinpachi Mishima (hanya boleh dimainkan dengan menggunakan cheat)
Perubahan
suntingSuara watak
suntingDi Tekken 5, para pembina mempunyai beberapa watak yang bercakap dalam bahasa ibunda mereka; Korea (Hwoarang dan Baek Doo San) dan Mandarin (Wang Jinrei dan Feng Wei) ditambah ke Jepun dan Inggeris. Steve Fox mempunyai gaya pertuturan Bahasa Inggeris-nya sendiri. Lee Chaolan juga bercakap dalam bahasa Jepun, berbanding dengan bahasa Inggeris di Tekken 4.
Bonus Permainan Arked
suntingSemasa permualaan ketika menunggu skrin paparan memaparkan beberapa saat permainan berdasarkan permainan 3D Namco StarBlade. Sama seperti Galaga dalamin versi original Tekken di PlayStation, pemain boleh mengawal kapal angkasa di dalam demo. Menekan butang START bagi bermain permainan Tekken 5 . Tetapi, permainan ini boleh didapati bagi permainan penuh dalam mod Arcade History.
Mod Devil Within
suntingPerubahan terbesar ialah mod Devil Within. Ia adalah ansuran keempat dalam siri Tekken Force (2 ansuran pertama boleh didapati di Tekken 3 dan Tekken 4. Angsuran ke-3 dikeluarkan sebagai permainan video berasingan Death by Degrees). Sama seperti Death by Degrees, 'Devil Within' menumpukan hanya pada satu watak sahaja iaitu Jin Kazama. Ia adalah permainan platform tradisional di mana pemain perlu membimbing Jin melalui tahap gaya labirin dan seluruh musuh tentera. Mod ini mempunyai penampilan khas daripada True Ogre (dari Tekken 3) yang tidak boleh dimainkan dengan cara apapun.
Penerimaan
suntingTekken 5 disambut dengan respon positif daripada pengkritik permainan video. Di antara kritikan positif adalah ulasan daripada GameSpot dan IGN yang memberikan Tekken 5 9.2/10 dan 9.3/10. Tekken 5 mempunyai skor 89% di Game Rankings dan skor 88% di Metacritic. Tekken 5 juga mempunyai skor 89% di Wazap.
Pujian kritik permainan disesuaikan dengan sukses komersial. Pada Julai 2009, Tekken 5 telah terjual sebanyak 6 juta salinan.
Tekken 5: Dark Resurrection
suntingSaat ini hanya untuk arked,PSP dan PlayStation 3 (menerusi PlayStation Network) Tekken 5: Dark Resurrection adalah pembaharuan versi Tekken 5. Ia secara rasminya diumumkan pada tahun 2005 di JAMMA AM Show. Tidak seperti Tekken 5.1 dimana hanya cuba untuk mengimbangi Tekken 5, Tekken 5: Dark Resurrection menambah beberapa benda baru.
Rujukan
sunting- ^ "Harada talking about character's voice acting pt1". Twitter. 2010-10-16. Dicapai pada 2010-10-30.
- ^ "Harada talking about character's voice acting pt2". Twitter. 2010-10-16. Dicapai pada 2010-10-30.
- ^ "Harada talking about character's voice acting pt3". Twitter. 2010-10-16. Dicapai pada 2010-10-30.
- ^ "Harada talking about character's voice acting pt4". Twitter. 2010-10-16. Dicapai pada 2010-10-30.
Pautan luar
sunting- Laman sesawang rasmi (Jepun)
- Tekken 5 for PlayStation 2 di GameSpot.com
- Tekken 5 for Arcade di GameSpot.com
- Tekken 5 for PlayStation 2 di MobyGames.com
- Tekken 5 for Arcade Diarkibkan 2009-07-14 di archive.today di The Killer List of Videogames
Didahului oleh Tekken 4 |
Siri Tekken 2004-2007 |
Diikuti oleh: Tekken 5: Dark Resurrection |