Teh halia adalah sejenis minuman herba yang diperbuat daripada rimpang halia (Zingiber officinale). Minuman ini mempunyai sejarah yang panjang sebagai minuman ubatan di Asia, khususnya di rantau Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Barat.[1] Minuman ini dikenali dengan pelbagai nama, misalnya teh jahe atau wedang jahe (Jawa: ꦮꦺꦢꦁꦗꦲꦺ) di Indonesia, jiāngmǔ chá (薑母茶) di China dan Taiwan, saenggang-cha (Hangul: 생강차; Hanja: 生薑茶) di Korea, shōga-yu (Kanji: 生姜湯; Kana: しょうがゆ) di Jepun, salabat di Filipina, dan adrak ki chai (Devanagari: अदरक की चाय; Khat Nasta'liq: ادرک کی چائے ) dan ada cha (Bengali: আদা চা) di subbenua India.

Teh halia

Penyediaan

sunting
 
Segelas teh susu halia di Tanjong Pagar, Singapura

Lazimnya, minuman ini dihasilkan dengan merebus hirisan halia di dalam air mendidih. Walau bagaimanapun, cara penyediaannya adalah berbeza mengikut negara. Di dalam konteks Asia Tenggara misalnya, di Brunei, Malaysia dan Singapura, halia, sama ada dalam bentuk hirisan atau patinya, dicampurkan bersama air rebusan daun teh dan dimaniskan dengan gula (teh 'O' halia) atau susu pekat. Terdapat juga teh halia segera di dalam pasaran.

Wedang jahe (atas) dari Surakarta dan saraba (bawah) dari Gorontalo

Di Indonesia, wedang jahe disediakan dengan merebus hirisan halia di dalam air mendidih, bersama rempah-rempah ratus seperti kayu manis, cengkih dan serai. Ia dimaniskan dengan gula (gula pasir atau gula kabung) atau susu (segar atau pekat). [2] Di Sulawesi, ia dikenali sebagai saraba (bandingkan dengan salabat dalam Bahasa Filipina).

 
Salabat dihidangkan bersama kerepek pisang

Orang Filipina menyediakan salabat dengan merebus hirisan halia di dalam air mendidih. Gula, jus limau kasturi dan madu ditambah secukup rasa.[3][4][5]

Khasiat

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ginger (Overview)". University of Maryland Medical Center. 22 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2016. Dicapai pada 21 Mac 2016.
  2. ^ Pepy Nasution (12 Februari 2010). "Wedang Jahe (Indonesian Ginger Tea)". Indonesia Eats. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2012.
  3. ^ Garcia, Miki (2012). Filipino Cookbook: 85 Homestyle Recipes to Delight Your Family and Friends. Tuttle Publishing. ISBN 9781462905287.
  4. ^ Besa-Quirino, Betty (19 Februari 2013). "Ginger Tea- Filipino Salabat with Lemon Honey". Asian in America. Dicapai pada 12 Julai 2021.
  5. ^ Baker, Liren (26 November 2018). "Homemade Fresh Ginger Tea". Kitchen Confidante. Dicapai pada 12 Julai 2021.