Tebukan lumbar (LP), juga dikenali sebagai tusukan lumbar atau punktur lumbar merupakan sejenis prosedur perubatan yang melibatkan kemasukan jarum ke dalam saluran tulang belakang, dan prosedur ini seringkali dijalankan untuk mengumpul cecair serebrospinal (CSF).[1] Prosedur perubatan ini berupaya untuk membantu diagnosis meningitis, pendarahan subaraknoid, dan gangguan radang sistem saraf pusat.[2] Antara gangguan radang yang berkaitan termasuklah sklerosis berbilang, sindrom Guillain-Barré, leukoensefalopati, dan sindrom paraneoplastik.[2] Prosedur ini juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi intrakranium idiopatik.[2]

Tebukan lumbar
Tebukan lumbar pada kedudukan berduduk. Calitan olakan perang kemerahan di belakang orang yang duduk itu merupakan tinktur iodin (sejenis antiseptik).
Nama lainTusukan lumbar, punktur lumbar

Antara beberapa kontraindikasi berkaitan termasuklah beberapa jenis peninggian tekanan intrakranium tertentu, jangkitan kulit di tempat tebukan, dan aras platelet rendah di bawah 50 x 109 per L.[1] Walaupun prosedur ini boleh dilakukan pada pesakit yang sedang mengambil aspirin, atau jika diperlukan clopidogrel ; ia tidak disyorkan pada mereka yang sedang mengambil ubatan anti-penggumpalan atau pada mereka yang mengambil warfarin dengan nilai INR melebihi 1.5.[3] Walaupun secara amnya prosedur ini selamat, kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah sakit di tapak tebukan, sakit kepala pasca tebukan dural, jangkitan dan pendarahan.[3][2] Risiko sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan jarum kecil yang tidak memotong.[4] Sangat jarang hematoma tulang belakang atau kecederaan akar saraf mungkin berlaku.[3][2]

Prosedur tebukan lumbar ini biasanya dilakukan menggunakan anestesia tempatan dan teknik pensterilan umum.[2] Midazolam atau fentanil boleh membantu mengurangkan kebimbangan pesakit sewaktu tebukan lumbar.[5] Prosedur ini dilakukan dengan pesakit terlibat duduk menegak atau baring sisi.[5] Jarum kemudiannya ditusukkan terus ke garis tengah atau hanya di luar garis tengah belakang antara vertebra L3/4 atau L4/5 ke dalam ruang subaraknoid dan CSF dapat dikumpul.[2][6] "Picagari Hickie" boleh digunakan untuk menandakan tempat itu.[7] Ultrabunyi untuk mengenal pasti tempat tebukan juga berupaya meningkatkan kejayaan prosedur tersebut.[8]

Selepas prosedur ini dijalankan, pembalut dikenakan dan orang itu sudah boleh bergerak seperti biasa.[2] Cecair yang dikumpul seringkali dihantar untuk kiraan sel, kultur mikrob, penentuan paras protein dan glukosa, analisis warna dan sitopatologi.[2] Antara ujian lain boleh dijalankan menggunakan cecair tersebut termasuk ujian PCR dan jalur oligoklon.[2] Tebukan lumbar biasanya dilakukan pada masa kini.[1] Ia pertama kali dilakukan pada tahun 1891 oleh pakar perubatan Jerman Heinrich Quincke.[2][9]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Kim, KT (October 2022). "Lumbar puncture: considerations, procedure, and complications". Encephalitis (Seoul, Korea). 2 (4): 93–97. doi:10.47936/encephalitis.2022.00045. PMID 37469996 Check |pmid= value (bantuan).
  2. ^ a b c d e f g h i j k Doherty, CM; Forbes, RB (May 2014). "Diagnostic Lumbar Puncture". The Ulster medical journal. 83 (2): 93–102. PMC 4113153. PMID 25075138.
  3. ^ a b c Domingues, R; Bruniera, G; Brunale, F; Mangueira, C; Senne, C (August 2016). "Lumbar puncture in patients using anticoagulants and antiplatelet agents". Arquivos de neuro-psiquiatria. 74 (8): 679–86. doi:10.1590/0004-282X20160098. PMID 27556380.
  4. ^ Maranhao, B.; Liu, M.; Palanisamy, A.; Monks, D. T.; Singh, P. M. (2020-12-17). "The association between post‐dural puncture headache and needle type during spinal anaesthesia: a systematic review and network meta‐analysis". Anaesthesia. Wiley. doi:10.1111/anae.15320. ISSN 0003-2409. PMID 33332606.
  5. ^ a b "How To Do Lumbar Puncture - Neurologic Disorders". Merck Manuals Professional Edition. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2024. Dicapai pada 11 March 2024.
  6. ^ "Techniques for Performing Paramedian Approach to Lumbar Puncture". ACEP Now. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2023. Dicapai pada 18 March 2024.
  7. ^ Issa, EC; Ware, PJ; Bitange, P; Cooper, GJ; Galea, T; Bengiamin, DI; Young, TP (March 2023). "The "Syringe Hickey": An Alternative Skin Marking Method for Lumbar Puncture". The Journal of emergency medicine. 64 (3): 400–404. doi:10.1016/j.jemermed.2023.01.013. PMID 37019501 Check |pmid= value (bantuan).
  8. ^ Gottlieb, M; Holladay, D; Peksa, GD (January 2019). "Ultrasound-assisted Lumbar Punctures: A Systematic Review and Meta-Analysis". Academic Emergency Medicine. 26 (1): 85–96. doi:10.1111/acem.13558. PMID 30129102.
  9. ^ Pearce, JM (February 1994). "Walter Essex Wynter, Quincke, and lumbar puncture". Journal of neurology, neurosurgery, and psychiatry. 57 (2): 179. doi:10.1136/jnnp.57.2.179. PMID 8126500.