Tarsiah TZ Taman
Dr. Tarsiah TZ Taman ialah seorang ahli korporat wanita Malaysia berasal dari Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah buat kali kedua pada 2021. Beliau bergiat aktif dalam bidang korporat dan pendidikan.
Tarsiah TZ Taman | |
---|---|
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah | |
Menyandang jawatan 15 April 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor |
Didahului oleh | Noni Said |
Dalam jawatan 2017–2018 | |
Didahului oleh | Mariati Robert |
Digantikan oleh | Noni Said |
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi - Majlis Penasihat Wanita Sabah | |
Menyandang jawatan 15 April 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor |
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah | |
Dalam jawatan 2015–2018 | |
Digantikan oleh | Terence Chee Su Kyun |
Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn. Bhd | |
Dalam jawatan 18 November 2011 – 2014 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tarsiah TZ Taman 1 September 1955 Kampung Sembulan Lama, Putatan Sabah |
Pasangan | Datuk Mohd Zain Haji Mohd Said |
Anak | 4 |
Kehidupan peribadi
suntingDr Tarsiah TZ Taman dilahirkan di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu . Sabah pada 1 September 1955. Anak ketiga dari lapan adik beradik, merupakan anak kepada Haji Taman Joya dan Hajah Farsiah Haji Madlan.
Beliau telah berkahwin dengan Datuk Mohd Zain Haji Mohd Said dan mereka dikurniakan empat orang anak.
Pendidikan
suntingDr Tarsiah TZ Taman mendapat pendidikan awal di SRK Sembulan dari darjah satu hingga darjah enam (1961-1966). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sabah College hingga memperolehi sijil MCE pada 1973. Seterusnya beliau meneruskan pengajian di UITM hingga lulus Diploma Pengajian Perniagaan pada 1977.
Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Ohio University hingga berjaya memperolehi Ijazah Bachelor in Business Administration dengan pengkhususan dalam pembangunan Sumber Manusia pada tahun 1980. Kemudian beliau mengambil ijazah MBA dalam bidang pemasaran dan pengurusan di Illinois State University USA pada 1982. Beliau berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2007[1].
Kerjaya
suntingDr Tarsiah TZ Taman memulakan kerjayanya di Sebor (Sabah) Sdn Bhd pada Julai hingga Ogos 1977 sebagai Eksekutif Jualan. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai pegawai buruh di Kementerian Tenaga Rakyat dan Alam Sekitar Sabah pada September 1977 hingga Mei 1979.
Selepas kembali dari Amerika pada tahun 1983, beliau telah berkhidmat sebagai pengurus pentadbiran di Perkasa Trading Sdn. Bhd dari Februari 1983 hingga Julai 1994. Selepas itu beliau bertugas di Syarikat Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn. Bhd. sebagai pengurus kanan (pembangunan perniagaan dan pemasaran) bermula dari Ogos 1994 hingga 17 November 2011.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Syarikat KKIP Sdn. Bhd. bermula dari 18 November 2011 hingga Disember 2014[2][3].
Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah (dulu dikenali Kolej Yayasan Sabah , kini dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah)[4].
Bergiat Aktif Di Dalam Kemasyarakatan Dan Kebajikan
suntingDr Tarsiah TZ Taman mula aktif dalam program Kemasyarakatan dan Kebajikan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ;
- Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)[5][6][7] Beliau dan jawatankuasa lantikan Majlis Penasihat Wanita Sabah telah mengangkat sumpah pada 15 April 2021 di hadapan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[8].
- Penaung / Penasihat Persatuan Milenial Usahawan Wanita Maju Sabah (MUMS)[9].
- Pengerusi Induk Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri[10].
Anugerah dan pengiktirafan
suntingDr Tarsiah TZ Taman telah dikurniakan dengan pengiktirafan berikut:
- Sabah:
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2017)[13].
- Sabah:
- Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2011)[14].
Rujukan
sunting- ^ "Retired CEO Empowering Women". www.pressreader.com.
- ^ "Dr Tarsiah Taman appointed as new KKIP CEO". www.theborneopost.com.
- ^ "Kakitangan KKIP digalak jadi ahli Kopeks". www.theborneopost.com.
- ^ "It's now called Yayasan Sabah Technical College". www.dailyexpress.com.
- ^ "Kerajaan Negeri Terus Komited Pastikan Pembangunan Wanita Di Sabah". sabahnews.com.my.
- ^ "Domestic violence cases up in Sabah". www.theborneopost.com.
- ^ "PESERTA PROGRAM JERAYAWARA JELAJAH SABAH DIINGATKAN KONGSI MAKLUMAT – DATUK AMISAH". www.borneodailybulletin.com.
- ^ "UCAPAN YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH 2021/2022, DI PEJABAT KETUA MENTERI, TINGKAT 32, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH PADA 15 APRIL 2021" (PDF). cmsabah.gov.my.
- ^ "Kerajaan negeri akan perkasa usahawan wanita". www.dialyexpress.com.
- ^ "Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah". www.dialyexpress.com.
- ^ "Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah". www.jbsn.gov.my.
- ^ "MPWS sentiasa perkasa golongan wanita Sabah". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Ex Olympian, Musician, Religious, Politicians Among 74 New 'Datuk'". www.borneotoday.net.
- ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.