Tenuk

(Dilencongkan daripada Tapir)

Tenuk (Jawi: تنوق), senuk, cipan, kipan, badak tampung, badak murai, badak tenuk, badak babi atau kuda air merupakan sejenis haiwan mamalia[2] herbivor dalam genus Tapirus keluarga Tapiridae.[1] Haiwan ini berbadan katik seperti babi dan mempunyai muncung yang panjang. Terdapat empat jenis tenuk yang masih wujud dan hidup di kawasan-kawasan hutan Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Tenggara.

Tenuk
Julat zaman: 55–0 Ma
Eosen Awal–Holosen
seekor tenuk Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Tapiridae[1]

Gray, 1821
Genus:
Tapirus

Brünnich, 1772
Spesies

Tapirus bairdii
Tapirus kabomani
Tapirus indicus
Tapirus pinchaque
Tapirus terrestris
Tapirus mazimmus

Antara nama haiwan ini dalam bahasa-bahasa Orang Asli adalah baghik (bahasa Bateq), barééw (bahasa Temiar), naq běrtampal (bahasa Temoq), grěbel (bahasa Che Wong), baret atau baroong (bahasa Jahai), dan badak sipan (bahasa Temuan).[perlu rujukan]

Taksonomi

sunting

Nama keluarga Tapiridae datang daripada nama genus Tapirus; nama genus itu diberikan oleh Mathurin Jacques Brisson, seorang ahli zoologi Perancis, daripada perkataan bahasa Tupi tapi'ira[perlu rujukan] yang dipakai kepada tenuk Brazil.[1]

Spesies

sunting

Spesies-spesies tenuk yang masih wujud dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :

Genus Gambar Nama saintifik Nama umum Taburan
Tapirus Brünnich, 1772   Tapirus bairdii (Gill, 1865) Tenuk Baird Hutan Mexico, Amerika Tengah dan barat laut Amerika Selatan
  Tapirus terrestris (Linnaeus, 1758) Tenuk Brazil Hutan Venezuela, Colombia, dan Guiana di sebelah utara ke Brazil, Argentina, dan Paraguay di sebelah selatan, ke Bolivia, Peru, dan Ecuador di sebelah barat.
  Tapirus pinchaque (Roulin, 1829) Tenuk gunung Hutan tanah tinggi dan paramos di pergunungan Timur dan Tengah Cordilleras utara Andes di Colombia, Ecuador dan utara jauh Peru.
  Tapirus indicus Desmarest, 1819 Tenuk Malaysia Hutan Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia, Myanmar, dan Thailand

Keempat-empat spesies ini dikelaskan sebagai spesies terancam atau spesies terjejas dalam Senarai Merah IUCN.

Tenuk mempunyai belalai yang mudah melentur dan bergerak ke mana-mana arah untuk meragut dedaun yang sukar dicapai sebaliknya; spesies tenuk Malaya mempunyai belalai paling panjang manakala spesies tenuk Brazil mempunyai belalai paling pendek.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Peter, Grubb (2005). Wilson, D. E.; Reeder, D. M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Baltimore, Maryland, AS: Johns Hopkins University Press. m/s. 633. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ Roskov Y., Kunze T., Orrell T., Abucay L., Paglinawan L., Culham A., Bailly N., Kirk P., Bourgoin T., Baillargeon G., Decock W., De Wever A., Didžiulis V. (ed) (2019). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. TaxonID: 55037249. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2019. Dicapai pada 11 November 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Witmer, Lawrence; Sampson, Scott D.; Solounias, Nikos (1999). "The proboscis of tapirs (Mammalia: Perissodactyla): a case study in novel narial anatomy". Journal of Zoology. 249 (3): 251. doi:10.1111/j.1469-7998.1999.tb00763.x.

Pautan luar

sunting