Tanjung Gemuk, Port Dickson
Tanjung Gemuk adalah sebuah perkampungan nelayan tepi pantai berdekatan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Pantainya terletak disepanjang pesisir pantai daerah Port Dickson ditepi Selat Melaka.
Antara resort percutian yang terdapat di sana termasuklah Glory Beach Resort, Hotel Legend, Lexis Port Dickson Resort, Selesa Beach Resort, Bayu Beach Resort, Seri Malaysia Hotel dan sebagainya. Pengunjung-pengunjung juga boleh menginap di hotel-hotel mewah yang berhampiran juga, antaranya termasuklah Ris Beach Hotel, Ilham Resort, Lexis Hibiscus Port Dickson, dan lain-lain.
Penyu merupakan salah satu daya tarikan yang pasti memukau apabila pengunjung melawat ke Tanjung Gemuk. Lebih-lebih lagi ketika musim penyu bertelur. Para penduduk biasanya berpeluang untuk melihat penyu naik ke daratan, menanam telurnya dan kemudian kembali semula ke laut pada waktu tengah malam. Ini merupakan suatu fenomena baru di Tanjung Gemuk. Pengunjung dan penduduk tempatan adalah dilarang keras untuk mengganggu peyu dan telurnya pada setiap masa demi memastikan kehidupan unik ciptaan Allah ini tidak pupus untuk paparan generasi masa hadapan.
Selepas tahun 2004, yakni selepas tragedi Tsunami 2004 di lautan Hindi yang mengorbankan ratusan ribuan nyawa di sekitar pesisir lautan Hindi. Penduduk Tanjung Gemuk telah dikejutkan dengan Fenomena kedamparan ribuan Mentimun laut di sekitar pantai kampung mereka. Ini sekaligus telah meningkatkan hasil pendapat penduduk kampung dengan penjualan gamat bermutu tinggi.