Tanda tashil
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Tanda tashil adalah antara tanda-tanda bacaan istimewa yang wujud di dalam al-Quran mashaf Uthmani. Tanda ini mempunyai bentuk seperti bulat padu ( ۬ ) dan hadir satu kali sahaja dalam al-Quran, iaitu dalam Surah Fussilat, ayat 44[1] pada perkataan:
ءَا۬عْجَمِىٌّ
Bunyi tashil yang dihasilkan semasa mengaji ialah bunyi pertengahan di antara huruf alif (ا) dan huruf hamzah (ء).
Rujukan
sunting- ^ "Fussilat (41:44) - Tanzil Quran Navigator". Dicapai pada 27 December 2012.