Tampan Tailor
Tampan Tailor ialah sebuah filem Indonesia tahun 2013 yang diarahkan oleh Guntur Soeharjanto dan diterbitkan oleh Sudiad. Filem ini dibintangi oleh Vino G. Bastian, Marsha Timothy dan Ringgo Agus Rahman.
Tampan Tailor | |
---|---|
Pengarah | Guntur Soeharjanto |
Penulis | Cassandra Massardi |
Lakon layar | Alim Sudio |
Dihasilkan oleh | Sudiad |
Dibintangi | Vino G. Bastian Marsha Timothy Ringgo Agus Rahman Jefan Nathanio Epi Kusnandar Joshua Pandelaki Astri Nurdin |
Sinematografi | Enggar Budiono |
Disunting oleh | Ryan Purwoko |
Muzik oleh | Tya Subiakto Satrio |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 28 Mac 2013 |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Plot
suntingFilem ini mengisahkan tentang kehidupan Topan dan anaknya, Bintang. Topan ialah seorang penjahit yang baru saja kehilangan isterinya dan nyaris kehilangan masa depan anaknya yang baru dikeluarkan dari sekolah kerana tidak membayar yuran. Tapi Topan tidak pernah hilang harapan, dengan bantuan sepupunya Darman, Topan mula bekerja untuk teruskan hidup. Bermula dari penjual tiket kereta, kuli bangunan dan stuntman. Semangat Topan yang luar biasa ini memikat hati Prita, seorang wanita penjaga kedai kecil di samping stesen kereta. Dengan bantuan Prita, akhirnya Topan kembali bangkit dan mengembalikan semula mimpinya.
Pelakon
sunting- Vino G. Bastian sebagai Topan
- Jefan Nathanio sebagai Bintang
- Marsha Timothy sebagai Prita
- Ringgo Agus Rahman sebagai Darman