Taman Merbau
Taman Merbau (Jawi: تامن مرباو ) merujuk kepada sebuah taman perumahan di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Belimbing Kanan. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi Taman Merbau ialah 06300 Kuala Nerang.[3][4]
Taman Merbau | |
---|---|
Taman perumahan | |
Koordinat: 6°14′31″N 100°35′57″E / 6.2419°N 100.59922°EKoordinat: 6°14′31″N 100°35′57″E / 6.2419°N 100.59922°E[1] | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Belimbing Kanan |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Kuala Nerang |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Aras | 58 m (190 ft) |
Penduduk | |
• Rumah (anggaran) | 28 (59 lot) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Geografi
suntingTaman Merbau terletak di bahagian timur laut negeri Kedah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 58 meter (190.3 ka).[1] Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 6.91 ekar (2.8 he) dengan anggaran jumlah unit rumah sebanyak 29 buah dengan 59 buah pintu.[5] Terdapat 59 buah lot tanah di kawasan Taman Merbau.[5] Taman Merbau berjiran dengan petempatan lain iaitu Taman Bersatu dan Taman Belimbing Indah di bahagian utara, Taman Desa Seri Emas, Taman Pelangi, Taman Kemangi dan Taman Cengal di bahagian timur laut, Kampung Lubok Tok Wi di bahagian timur, bangunan Kolej MARA Kuala Nerang di bahagian selatan, Taman Terap di bahagian barat daya dan Kampung Pulau Kijang di bahagian barat.[3][6]
Pentabdiran
suntingTaman Merbau merupakan kawasan kejiranan dalam Bandar Kuala Nerang di Seksyen 2. Secara pentadbiran, Taman Merbau terletak dalam Mukim Belimbing Kanan di bahagian barat.[6] Ia dipimpin oleh seorang ketua taman perumahan. Dari segi politik, Taman Merbau terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Terap manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Kuala Nerang.[7]
Pengangkutan
suntingTamau Merbau dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 175 (Jalan Gurun–Kepala Batas), melalui simpang Jalan Merbau berdekatan dengan Pejabat Perikanan Padang Terap.[3][6] Setiap bangunan-bangunan rumah boleh diakses dengan jalan taman perumahan jenis tunggal melalui Jalan Merbau, Jalan Merbau 1, Jalan Merbau 3, Jalan Merbau 4, Jalan Merbau 5, dan Jalan Merbau 6.[8] Jarak Taman Merbau ke pusat bandar iaitu Kuala Nerang ialah sepanjang 2.3 kilometer (1.4 bt) dengan masa selama tiga minit.[a][9] Manakala jarak Taman Merbau ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh 32 kilometer (19.9 bt) dan mengambil masa selama 36 minit memandu kereta.[b][9]
Lihat juga
suntingNota
sunting- ^ Diukur dari simpang Jalan Merbau, Taman Merbau ke Masjid Mu'adzam Shah Kuala Nerang
- ^ Diukur dari simpang Jalan Merbau, Taman Merbau ke Pejabat Pos Pos Malaysia Alor Setar
Rujukan
sunting- ^ a b c "Taman Merbau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
- ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (23 April 2023). "Taman Merbau" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ "Taman Merbau, Kuala Nerang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Postcode Search. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ a b "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ Microsoft; Nokia (23 April 2023). "Taman Merbau (Peta)". Bing Maps (dalam bahasa Inggeris). Microsoft. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ a b "Taman Merbau, Kedah – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.