Taman Botani Negara Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam (bahasa Inggeris: National Botanic Gardens Shah Alam ) adalah sebuah taman botani yang beroperasi dengan MOA. Lokasinya terletak di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia. [1]
Taman Botani Negara Shah Alam | |
---|---|
Jenis | Taman botani negara |
Lokasi | Shah Alam, Selangor |
Koordinat | 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°EKoordinat: 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E |
Keluasan | 817 hektar |
Dibangunkan | 24 April 1986 |
Pelawat | 383,329 (2016) |
Laman sesawang | http://www.tbnsa.gov.my/ |
sunting |
TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.
Selain itu, TBNSA juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi menjalankan program Pendidikan Botanikal. Program ini terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan alam semula jadi. Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal di TBNSA.
Sejarah
suntingTaman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Sejak tahun 2007, TBNSA telah dinamakan sebagai Taman Botani Negara Shah Alam sampai sekarang.[2]
Visi & Misi
suntingTujuan penubuhan TBNSA adalah menyediakan satu pusat pendidikan saintifik kebangsaan dan pemuliharaan sumber untuk botani, hortikultur, florikultur, dan pelbagai bidang berkaitan di Malaysia. Taman Botani juga berperanan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia. [3]
Objektif & Fungsi
sunting- Sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang lain yang berkaitan.
- Sebagai pusat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan tumbuh-tumbahan dan sumber hutan.
- Sebagai pusat mendokumentasi, melindungi, pelihara dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan asli yang jarang dijumpai, terancam dan bernilai di Malaysia.
- Untuk meningkatkan kesedaran supaya menghargai sumber tumbuh-tumbuhan di Malaysia.
- Menjadi salah satu pusat rekreasi yang berkonsepkan alam semula jadi kepada masyarakat. [4]
Tarikan
sunting
Taman & Kebunsunting
Empangan / Tasiksunting
|
Kampung & Chaletsunting
|
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)
suntingPelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:
- Musim bunga - bulan Mac hingga Mei
- Musim panas - bulan Jun hingga Ogos
- Musim luruh - bulan September hingga November
- Musim salji - bulan Disember hingga Februari
Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan
Waktu operasi
suntingTBNSA membuka kepada pelawat (tutup pada hari Isnin), daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Walaubagaimanapun, ia akan buka seperti biasa pada hari Isnin jika cuti sekolah atau cuti awam jatuh pada hari Isnin.
Waktu operasi TBNSA
suntingKawasan | Selasa - Ahad | Isnin |
---|---|---|
Kawasan TBNSA | 7.30 pagi hingga 4.30 petang | * Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am |
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) (Ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan) |
7.30 pagi hingga 4.30 petang | |
Kaunter tiket & kaunter bayaran | 7.30 pagi hingga 4.30 petang | |
Bas |
Selasa hingga Ahad:
Jumaat:
|
Kadar bayaran
suntingCaj konservasi (Wajib)
suntingKategori pelawat | Bayaran setiap pelawat |
---|---|
Dewasa (12 hingga 54 tahun) | RM 3.00 |
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) | RM 1.00 |
Warga Emas ( 55 tahun ke atas) | RM 1.00 |
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | Masuk percuma |
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM)
suntingKategori pelawat | Musim lain | Musim salji |
---|---|---|
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) | RM 3.00 | RM 5.00 |
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) | RM 1.00 | RM 3.00 |
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | Masuk percuma [5] |
Alamat
suntingTaman Botani Negara Shah Alam,
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. [6]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Latar Belakang". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
- ^ "Sejarah". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
- ^ "Visi & Misi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
- ^ "Objektif & Fungsi". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 28 March 2020.
- ^ "Bayaran". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
- ^ "Hubungi Kami". Taman Botani Negara Shah Alam. Dicapai pada 27 March 2020.
Pautan luar
sunting- Taman Boatni Negara Shah Alam Portal rasmi
- Taman Botani Negara Shah Alam Halaman Facebook rasmi
- tamanbotaninegarashahalam Akaun Instagram rasmi