Takur bukit (burung)

Takur bukit (Psilopogon oorti) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sumatera, di mana ia mendiami hutan di ketinggian antara 600 dan 2,000 m (2,000 dan 6,600 ka). Ia disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah IUCN kerana taburannya yang luas dan populasi yang stabil.[1]

Takur bukit
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. oorti
Nama binomial
Psilopogon oorti
(S. Müller, 1836)
Sinonim

Megalaima oorti

Taksonomi

sunting

Bucco oortii ialah nama saintifik yang diusulkan oleh Salomon Müller pada tahun 1835 yang memerihalkan spesimen takur yang dikumpulkan di Sumatera.[2] Ia diletakkan dalam genus Megalaima yang diusulkan oleh George Robert Gray pada tahun 1842 yang mencadang untuk menggunakan nama tersebut dan bukannya Bucco.[3] Penyelidikan filogenetik molekul takur mendedahkan bahawa spesies Megalaima membentuk klad, yang juga termasuk takur api, satu-satunya spesies yang diletakkan dalam genus Psilopogon ketika itu. Takur yang dahulunya diletakkan dalam genus tersebut telah dilangkelaskan dalam genus Psilopogon.[4]

Pemerihalan

sunting

Ia kebanyakannya hijau dengan tekak biru dan kuning. Ia mempunyai jalur hitam di atas mata dan tompok merah di atas paruh, loreal, tekak, dan tengkuknya. Seekor betina berukuran panjang 21.5 cm (8.5 in) dan berat 62 g (2.2 oz).[5]

Taburan dan habitat

sunting

Ia mendiami hutan pergunungan dan dipterokarpa antara 600 dan 2,000 m (2,000 dan 6,600 ka) di barat Sumatera dan Semenanjung Malaysia.[1]

Tingkah laku dan ekologi

sunting

Ia meramu serangga dan buah-buahan di tingkat atas dan tengah kanopi. Di Sumatera, ia membiak dari Februari hingga November, dan di Malaysia dari Mac hingga Jun. Ia bersarang dalam lubang pokok.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c BirdLife International (2016). "Psilopogon oorti". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T45360321A95147036. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T45360321A95147036.en. Dicapai pada 20 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Müller, S. (1835). "Aanteekeningen over de natuurlijke gesteldheid van een gedeelte der westkust en binnenlanden van Sumatra, met bijvoeging van eenige waarnemingen en beschrijvingen van verscheid dieren". Tijdschrift voor Natuurlijke Geschiedenis en Physiologie. 2: 315–355.
  3. ^ Gray, G. R. (1842). "Appendix to a List of the Genera of Birds". A List of the Genera of Birds (ed. Second). London: R. and J. E. Taylor. m/s. 12.
  4. ^ Moyle, R. G. (2004). "Phylogenetics of barbets (Aves: Piciformes) based on nuclear and mitochondrial DNA sequence data". Molecular Phylogenetics and Evolution. 30 (1): 187–200. doi:10.1016/S1055-7903(03)00179-9. PMID 15022769.
  5. ^ a b Short, L. L.; Horne, J. F. M.; Kirwan, G. M. (2014). "Black-browed Barbet Psilopogon ortii". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D. A.; de Juana, E. (penyunting). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. 7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International.