Takeaki Matsumoto
Takeaki Matsumoto (松本 剛明 , Matsumoto Takeaki, lahir 25 April 1959) adalah seorang politikus Jepun dari Parti Demokratik Jepun, yang merupakan Menteri Luar Negeri. Berasal dari Tokyo dan lulusan Universiti Tokyo, beliau terpilih ke Dewan Perwakilan untuk pertama kalinya pada 2000 setelah tidak berjaya sebagai seorang ahli bebas pada 1996.
Takeaki Matsumoto | |
---|---|
松本 剛明 | |
Menteri Luar Negari | |
Dalam jawatan 9 Mac 2011 – 2 September 2011 | |
Perdana Menteri | Naoto Kan |
Didahului oleh | Yukio Edano (Sementara) |
Digantikan oleh | Kōichirō Gemba |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tokyo, Jepun | 25 April 1959
Parti politik | Parti Demokratik (1998–kini) |
Gabungan politik lain | Bebas (sebelum 1998) |
Tempat belajar | Universiti Tokyo |
Matsumoto ialah cicit besar kepada Itō Hirobumi, Perdana Menteri pertama Jepun. Ayah Matsumoto, Juro Matsumoto, juga adalah anggota kanan Parti Demokratik Liberal dan merupakan Menteri Pertahanan dari Ogos 1989 hingga Februari 1990.[1] Matsumoto dipilih sebagai Menteri Luar Negeri Jepun pada tahun 2011 oleh Perdana Menteri Naoto Kan, selepas peletakan jawatan menteri terdahulunya, Seiji Maehara, hanya dua hari sebelum gempa bumi dan tsunami 2011 dan insiden reaktor nuklear Fukushima Daiichi.
Rujukan
sunting- ^ "Matsumoto to be Japan's new foreign minister". Kyodo News. 2011-03-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2011-03-09. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Pautan Luar
sunting- Laman rasmi (dalam bahasa Jepun)