Tak Tahu? (album Abot)

Tak Tahu? merupakan album studio kedua bagi penyanyi alternatif wanita, Abot yang dikeluarkan pada tahun 1997 oleh Gomogi Production dan diedarkan oleh Sony Music (Malaysia). Ia diterbitkan oleh Sam dan kumpulan Saturnine banyak bekerjasama dalam penghasilan album ini dari segi produksi dan penciptaan lagu.

Tak Tahu?
Album studio oleh
Abot
Dilancarkan pada1997 (1997)
Dirakamkan pada1996
StudioKing Studio
GenreRock alternatif
Panjang40:03
SyarikatGomogi Production
PenerbitSam
Kronologi Abot
Alternatif Buat Orang Timur
(1996)
Tak Tahu?
(1997)
Sayang Pok Pai
(2002)
Single daripada Album
  1. "Dam Di Dam"
    Dikeluarkan: 1997
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Berbeza dengan album sulung, album ini mengetengahkan gaya muzik yang lebih agresif dan bunyi yang lebih punky. Dari segi nyanyian pula, vokal Abot didengar lebih lantang, nyaring dan lebih tinggi. Album ini memuatkan 11 buah lagu dan single utama album ini, Dam Di Dam menjadi taruhan Abot. Hampir kesemua lirik lagu ditulis oleh Abot sendiri dan beliau hanya mencipta satu lagu sahaja, iaitu Aku Rindu. Sama seperti album terdahulu, album ini turut memuatkan lagu Kelem Minggu yang dinyanyikan dalam bahasa Orang Asli suku kaum Semai. Muzik lagu tersebut dipinjam daripada lagu Dam Di Dam.

Sambutan

sunting

Album ini hanya berjaya mencatat jualan sebanyak 10,000 salinan sahaja, ekoran daripada Krisis Kewangan Asia 1997 yang turut melanda ekonomi Malaysia pada ketika itu.

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Dam Di Dam"NursyailahLan Laga2:54
2."Di Dalam Dada"AbotAng3:53
3."Aku Rindu"AbotAbot5:24
4."Lain Dari Lain"JoeyAznan (Saturnine)3:32
5."Wilayah"AbotLan (Sky Juice)3:19
6."Aku Bosan"AbotKhalid (Happy Nightmare)3:46
7."Layan Perasaan"AbotFaiz4:25
8."Kelem Minggu"Unyah ItamLan Laga2:54
9."Macam Bagus"AbotJac (FTG)6:39
10."Hadir"SinbadReza (Saturnine)3:43
11."Suka Hati"AbotNorhafiz, Sheera4:12
Jumlah masa: :40:03


Tenaga kerja

sunting

Penyanyi

sunting

Syarikat

sunting
  • Gomogi Production – syarikat rakaman
  • Sony Music Entertainment (Malaysia) – pengedar
  • King Studio – studio rakaman
  • Digitpress Sdn Bhd – syarikat percetakan
  • Mastering One – mastering

Produksi

sunting
  • Sam – penerbit
  • Lan Laga & Iskandar – penerbit eksekutif
  • Amran Omar & Sham Hussain – A & R
  • Zairi (Saturnine) – programing dram & kesan
  • Tan & T.J. Studio – fotografi
  • C.L Toh – mastering
  • Big, Dwan, Eyntan, Raja Azhar, Sam Kassim & Suzana – unit promosi
  • K.S. Chow – konsep & reka bentuk

Pemuzik dan penyanyi undangan

sunting
  • Aznan Alias (Saturnine) – gitar
  • Aub & Bong – bass
  • Gary Gideon & Mahmud – dram
  • Emmett (Butterfingers) – biola
  • Emma (Revolusi) – penyanyi latar

Pencapaian

sunting

Anugerah Industri Muzik Ke-5

sunting
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
1998 "Tak Tahu?" Album Rock Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Tercalon
Kulit Album Terbaik Menang


Pautan luar

sunting