Tahnik
Dalam Islam, tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.
Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan (<=7 hari) akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam.[1] Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.[2]
Di antara hikmahnya ialah:-
- menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
- dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.
Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan-makanan lembut yang manis. Elakkan menggunakan makanan yang dimasak.
Rujukan
sunting- Kitab tarbiyatul Awlaad juzuk 1 m.s. 59-61