Taganing
Taganing adalah salah satu alat muzik Batak Toba di Indonesia, yang terdiri lima buah gendang yang berfungsi sebagai pembawa melodi dan juga sebagai Ritem variable dalam beberapa lagu.
Klasifikasi instrumen ini termasuk ke dalam kumpulan membranophone, dimainkan dengan cara dipukul membrannya dengan menggunakan palupalu (kayu).
Taganing adalah drum set melodis (drum-chime), iaitu terdiri dari lima buah gendang yang digantungkan dalam sebuah rak. Bentuknya sama dengan gordang, hanya ukurannya bermacam-macam. Yang paling besar adalah gendang yang paling kanan, dan semakin ke kiri saiznya semakin kecil. Nadanya juga demikian, semakin ke kiri semakin tinggi nadanya. Taganing ini dimainkan oleh satu atau 2 orang dengan menggunakan dua buah kayu. Berbanding dengan gordang yang relatif konstan, maka taganing adalah melodis.
Masuk dalam jenis alat muzik membranphone yang berebentuk tabung, yang merupakan alat pukul atau tabuh. Seperangkat (set) taganing terdiri 5 buah. Didalam sebuah permainan, kedudukan taganing sangat penting. Selain tabuhan taganing yang berpadu dengan melodi Serune, juga berfungsi sebagai pemimpin yang memberi aba-aba, dan memberikan pengaruh semangat pada semua pemuzik yang terlibat.