Bahasa Tagalog

bahasa
(Dilencongkan daripada Tagalog language)

Bahasa Tagalog (Wikang Tagalog, dalam tulisan Baybayin: ᜏᜒᜃᜅ᜔ ᜆᜄᜎᜓᜄ᜔) ialah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Bahasa ini suatu bahasa cabang Filipina dalam rumpun bahasa Austronesia yang turut merangkumi bahasa Melayu.

Bahasa Tagalog
Asli kepadaFilipina
KawasanTengah & selatan Luzon
Penutur bahasa
Bahasa pertama: 22 juta
Bahasa kedua: lebih dari 65 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Filipina (dibakukan sebagai bahasa Filipina)
Dikawal selia olehKomisyon sa Wikang Filipino
(Suruhanjaya Bahasa Filipina)
Kod bahasa
ISO 639-1tl
ISO 639-2tgl
ISO 639-3
tgl

Sejarah

sunting

Perkataan Tagalog berasal dari perkataan ᜆᜄᜁᜎᜓᜄ᜔ tagá-ílog lakuran kata ᜆᜄ- tagá- yang bermakna "penduduk asal" dan ᜁᜎᜓᜄ᜔ ílog yang bermakna "sungai", atau "penduduk asal di tepi sungai". Sejarah bahasa Tagalog tidak begitu diketahui sebelum datangnya pedagang Sepanyol kerana ia tidak memiliki tradisi penulisan. Namun, pakar bahasa telah membuat kesimpulan bahawa leluhur bangsa Tagalog berasal dari bahagian timur laut Mindanao atau bahagian timur Visayas.

Buku pertama yang ditulis dalam bahasa Tagalog adalah Doctrina Cristiana (Doktrin Kristian) yang ditulis pada 1593 dalam bahasa Sepanyol dan dua versi bahasa Tagalog - satu dalam tulisan Baybayin dan kedua dalam abjad Rumi.

Sewaktu penjajahan Sepanyol, paderi-paderinya telah menghasilkan beberapa buah kamus dan buku tatabahasa Tagalog seperti Vocabulario de Lengua Tagala (1613), Vocabulario de la lengua tagala (1835) dan Arte de la lengua tagala y manual tagalog para la adminstración de los Santos Sacramentos (1850).

Penyair Tagalog, Francisco "Balagtas" Baltazar (1788-1862) sering disamakan dengan pujangga terkenal Inggeris, William Shakespeare. Karyanya yang terkenal adalah Florante at Laura yang ditulis awal kurun ke-19.


Pengkelasan

sunting

Tagalog adalah sebuah bahasa Filipina Tengah dan tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia.

Ia mempunyai hubungan rapat dengan bahasa yang ditutur di kawasan Bicol dan Visayas.

Bahasa-bahasa yang telah membuat sumbangan penting dalam pembangunan perbendaharaan kata bahasa Tagalog termasuk bahasa Sepanyol, Inggeris, Hokkien, Melayu, Arab (menerusi bahasa Melayu) dan bahasa-bahasa tempatan yang lain.

Perbandingan perbendeharaan kata bahasa Tagalog dengan bahasa Melayu

sunting

Berikut ialah beberapa perkataan Bahasa Tagalog yang serupa makna serta ejaan di dalam Bahasa Melayu. "Mga" disebut seperti (manga).

Tagalog Melayu
Mga Bahagi ng Katawan / Bahagian Badan
Apdo Hempedu
Atay Hati
Bukungbukong Buku Lali
Daliri Jari
Dibdib Dada
Dila Lidah
Galanggalangan Pergelangan Tangan
Ilong Hidung
Kuko Kuku
Leeg Leher
Limpa/Pali Limpa
Mata Mata
Puki Puki
Siko Siku
Talampakan Tapak Kaki
Tenga Telinga
Tuhod Lutut
Utak Otak
Mga Hayop / Haiwan
(Ahas na) Sawa (Ular) Sawa
Baboy Babi
Alupihan Lipan
Anay Anai-Anai
Bayawak Biawak
Buwaya Buaya
(Ibong) Kalapati (Burung) Merpati
(Ibong) Pipit (Burung) Pipit
Ipis Lipas
(Isdang) Dilis (Ikan) Bilis
(Isdang) Pagi (Ikan) Pari
(Isdang) Tamban (Ikan) Tembang
Itik/Bibi/Pato Itik/Bebek (Bahasa Indonesia)
Kalabaw Kerbau
Kambing Kambing
Kuting Anak Kucing

(kucing dewasa dipanggil "Pusa")

Lamok Nyamuk
Langaw Langau
Salagubang Kumbang
Usa Rusa
Mga Iba / Lain-Lain
masakit sakit
basa basah, baca
malambot lembut
malagkit melekit
kanan kanan
tulong tolong
lima lima
mura murah
mahal mahal
kalapati merpati
sayang sayang
tanghalì tengah hari
dalamhatì dalam + hati
luwalhatì luar + hati
saráp sedap
pinto pintu
anak anak
ako aku, saya
ikaw engkau, awak
kuko kuku
dahon daun
buwan bulan
langit langit
ulan hujan
palayok periuk
balang belalang
talong terung
hangin angin
guro guru
Kapuluan Kepulauan

Tatabahasa

sunting

Bahasa Tagalog mempunyai tatabahasa berpola Bahasa Filipina, yakni kata kerja terletak di hadapan ayat, serta subjek dan objek. (KK + S + O). Sistem tatabahasa ini serupa dengan bahasa-bahasa di Pulau Borneo (Bahasa Kadazandusun), di Kepulauan Filipina (Bahasa Suluk, Bahasa Cebuano, Bahasa Ilokano) dan di Pulau Taiwan (Bahasa Amis).

Contoh Ayat

"Sumipa ako ng bola." "Aku menyepak bola."

Bilangan dalam Bahasa Tagalog

sunting

Oleh sebab bahasa Tagalog termasuk dalam keluarga bahasa Melayu, kata bilangannya hampir sama dengan kata bilangan bahasa Melayu dan Jawa. Tagalog juga meminjam kata bilangan bahasa Sepanyol akibat daripada penjajahan Sepanyol selama 333 tahun (1565 - 1898) ke atas Kepulauan Filipina.

Tagalog Melayu
isa esa, satu
dalawa dua
tatlo tiga (Jawa: tlu)
apat empat
lima lima
anim enam
pito tujuh (Jawa: pitu)
walo lapan (Jawa: wolu)
siyam sembilan
sampu (isa(ng) + pu) sepuluh (se + puluh)

Pautan luar

sunting