Lukih
Lukih, likir, condang, kacunda atau kecondong (nama botani: Tacca leontopetaloides)[4][5]:375, 387 ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Tacca keluarga Dioscoreaceae.[3] Ia ditemukan di kawasan berteduh tikas air pasang di pantai-pantai[4][6]:15 Asia Tenggara Maritim.
Lukih | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | T. leontopetaloides
|
Nama binomial | |
Tacca leontopetaloides | |
Sinonim[3] | |
Senarai
|
Penamaan
suntingNama lukih (Jawi: لوكيه ) digunakan di Semenanjung Melayu dan Singapura.[4][5]:387
Nama condang (Jawi: چوندڠ ) dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[5]:387
Botani
suntingUmbi lukih bulat dan keras, kulitnya nipis dan berwarna perang.[4][5]:378 Pokoknya jenis renek. Daun-daunnya tumbuh pada tangkai tinggi 0.5–1 m daripada pusat pokok,[7] helai daunnya berbentuk pelepah tiga anak berukuran 0.7 meter lebar dan 0.3–1.2 m panjang dengan urat berwarna putih kehijauan.[4][6]:15[5]:378
Bunga-bunganya tumbuh pada tangkai tinggi dengan daun pengasuh yang panjang.[7]
-
Buah pokok lukih
Rujukan
sunting- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "lukeh". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 75 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "Tacca pinnatifida". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b "Tacca leontopetaloides (L.) Kuntze". World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 15 Mac 2023.
- ^ a b c d e Tan, Ria (13 Januari 2022). "Seashore bat lily (Tacca leontopetaloides)". Wild Singapore. Dicapai pada 15 Mac 2023.
- ^ a b c d e Drenth, E. (1972). "A revision of the family Taccaceae". Blumea. 20 (2): 367–406.
- ^ a b Hsuan Keng; See Chung Chin; Hugh T. W. Tan (1994). The Concise Flora of Singapore. II: Monocotyledons. Singapura: Singapore University Press. m/s. 15-16. ISBN 9971-69-207-4.
- ^ a b "Tacca leontopetaloides (Dioscoreaceae)". Meet the Plants. Kebun Botani Tropika Kebangsaan. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2010.