Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) merupakan satu tabung antarabangsa untuk program kependudukan dan kesihatan pembiakan. Tabung ini dimulakan pada tahun 1969. Tabung ini melaksanakan program-program membantu orang muda di dunia:
- merancang keluarga mereka dan mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki
- bersalin
- mencegah penyakit kelamin
- mencegah keganasan terhadap wanita
- menggalakkan persamaan hak wanita
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | UNFPA |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Status undang-undang | Aktif |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Dibentuk | 1969 |
Pengurusan | |
Ketua | Dr. Natalia Kanem |
Gabungan | Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Lokasi | |
Ibu pejabat | New York City, Amerika Syarikat |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Misi
suntingMenurut laman web rasmi UNFPA,
UNFPA merupakan agensi pembangunan antarabangsa yang menggalakkan hak setiap wanita, lelaki dan kanak-kanak menikmati kehidupan yang sihat dengan peluang yang sama dengan orang lain. UNFPA menyokong negara-negara dengan menggunakan data kependudukan sebagai asas dasar-dasar dan program-program mengurangkan kemiskinan dan menjamin setiap kehamilan adalah dikehendaki, setiap kelahiran anak adalah selamat, setiap pemuda adalah bebas daripada HIV/AIDS, dan setiap perempuan dan wanita dilayan dengan bermartabat dan berhormat.
Matlamat
suntingDalam Persidangan Kependudukan dan Pembangunan Antarabangsa (ICPD) di Kaherah pada 1994, UNFPA telah menyenaraikan matlamat tersebut:
- Akses setiap individu kepada perkhidmatan kesihatan pembiakan sebelum 2015
- Akses pendidikan rendah untuk setiap individu dan mengurangkan jurang jantina dalam mendapat pendidikan sebelum 2015
- Mengurangkan kematian ibu dalam bersalin dengan 75 peratus sebelum 2015
- Mengurangkan kematian anak bayi
- Meningkatkan jangka hayat
- Mengurangkan kadar jangkitan HIV
Pautan Luar
sunting- Campaign to End Fistula
- Americans for UNFPA
- AIDS Clock
- Ending Violence Against Women
- Safe Motherhood