Aurora (ilmu falak)
Aurora (Jawi: اءورورا ) ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam biasanya di kawasan kutub Bumi (Artik dan Antartika). Fenomena ini disebabkan interaksi antara medan magnet (atau magnetosfera) dimiliki planet tersebut dengan cas lepasan zarah-zarah dipancar sebar dari sinaran Matahari di tahap ionosfera.[1] Tindak balas yang dihasilkan dari pertembungan tersebut sering menampakkan kerdipan, olakan dan tiraian[2] beraneka warna disebabkan pengujaan ion ke dalam zarah-zarah ini.
Pemerhatian ini di kawasan kutub utara disebutkan sebagai aurora borealis (teja utara atau cahaya utara dalam bahasa Latin) manakala aurora di kawasan kutub selatan pula diberi nama aurora australis (teja selatan atau cahaya selatan); kedua-dua ini dikaitkan dahulu dengan Aurora, dewi fajar kepercayaan Romawi.[3] Istilah "aurora" sendiri dari bahasa Itali turunan langsung Latin yang bererti "fajar";[3] penungkapan ini dicetuskan Galileo Galilei dalam buku kecil Discorso delle comete ("Perihal Bintang Berekor") yang ditulis bersama rakan sebidangnya Mario Guiducci:[4][5]
...effetto, che per mio credere, non-ha origine altrode, che dall' essersi parte dell' aria vaporosa, che circonda la terra...abbia sormontato il cono dell' ombra terrestre, si che essendo la sua parte superiore ferita dal Sole abbia potuto rifletterci il suo splendore, e formarci questa boreale aurora.
("kesan ini pada pendapat saya tiada asal selain dari sebahagian udara meruap keliling Bumi...yang naik ke puncak bayang Bumi lalu bahagian atasnya yang terkena [cahaya] matahari melantun sinarnya dan membentuk fajar utara.)
Mekanisme aurora
suntingAurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.
Kepercayaan
suntingOrang Māori di New Zealand percaya bahawa cahaya aurora ini datang dari obor nyalaan keturunan sebahagian nenek moyang mereka yang pernah menuju suatu "benua berair batu"[6][7] dalam pelayaran ke Lautan Selatan dinakhodakan Ui-te-Rangiora[6] ditarikhkan seawal abad ke-7.[8]
Rujukan
sunting- ^ Mustinda, Lusiana (9 Januari 2020). "5 Fakta Aurora, Fenomena Pancaran Cahaya Cantik di Langit". detikTravel. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ Lui, A., 2019. Imaging global auroras in space. Light: Science & Applications, 8(1).
- ^ a b Lihat:
- "aurora". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2024. Dicapai pada Mei 13, 2024.
[dal lat(ina) aurōra]. – 1. Il chiarore accompagnato da colorazione purpurea che appare nel cielo a oriente prima del sorgere del sole, subito dopo l’alba...In geofisica, a. polare (o boreale, in quanto in passato si ritenne erroneamente che si potesse verificare solo nell’emisfero boreale), fenomeno luminoso dell’alta atmosfera, dovuto a radiazioni corpuscolari emesse da macchie solari e accompagnato da tempeste magnetiche, che si manifesta assumendo aspetti diversi (archi, bande, raggi, cortine a colorazione bianca, gialla, verdastra).
- "aurōra". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 84. "1. fadjar, fadjar merah. 2. dewi fadjar, puteri Hyperion"
- "aurora". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2024. Dicapai pada Mei 13, 2024.
- ^ Guiducci, Mario; Galilei, Galileo (1619). Discorso delle Comete (dalam bahasa Itali). Firenze: Pietro Cecconcelli. m/s. 39.
- ^ Siscoe, G. L. (1986). "An historical footnote on the origin of 'aurora borealis'". History of Geophysics. 2. m/s. 11–14. Bibcode:1986HGeo....2...11S. doi:10.1029/HG002p0011. ISBN 978-0-87590-276-0.
- ^ a b Steel, Frances; Anderson, Atholl; Ballantyne, Tony; Benjamin, Julie; Booth, Douglas; Brickell, Chris; Gilderdale, Peter; Haines, David; Liebich, Susan (2018). New Zealand and the Sea: Historical Perspectives (dalam bahasa Inggeris). Bridget Williams Books. m/s. 46. ISBN 978-0-947518-71-4.
- ^ Best, Elsdon (1922). The Astronomical Knowledge of the Maori, Genuine and Empirical. Wellington: Dominion Museum. m/s. 58 – melalui Victoria University of Wellington.
- ^ Wehi, Priscilla M.; Scott, Nigel J.; Beckwith, Jacinta; Pryor Rodgers, Rata; Gillies, Tasman; Van Uitregt, Vincent; Krushil, Watene (2021). "A short scan of Māori journeys to Antarctica". Journal of the Royal Society of New Zealand: 1–12. doi:10.1080/03036758.2021.1917633.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Aurora (ilmu falak). |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Aurora |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Northern Lights. |
- Aurora – FAQ Diarkibkan 2006-12-19 di Wayback Machine.
- Aurora – Forecasting.
- Wincah
- Aurora Borealis –Predicting.
- Solar Terrestrial Data – Online Converter – Northern Lights Latitude.
- NASA –Carrington Super Flare Diarkibkan 2009-08-01 di Wayback Machine.
- Aurora Live Europe - Aurora forecasts for middle latitudes in Europe.
- An aurora in Moscow, Russia. 12.17.2012. Photo[pautan mati kekal]
- Multimedia:
- Popular video of Aurora Borealis - Taken in Norway in 2011.
- Aurora Photo Gallery - Views taken 2009–2011.
- Aurora Photo Gallery - View from Tromsø, Norway. October 2011.
- Aurora Photo Gallery - "Full-Sky Aurora" over Eastern Norway. December 2011.
- Videos and Photos – Auroras at Night.
- Video (04:49) – Aurora Borealis –How The Northern Lights Are Created.
- Video (47:40) – Northern Lights –Documentary.
- Video (01:42) – Northern Lights – Story of Geomagnetc Storm (Terschelling Island – 6/7 April 2000).
- Video (01:56) (Time-Lapse) -Auroras - Ground-Level View from Finnish Lapland 2011.
- Video (02:43) (Time-Lapse) -Auroras - Ground-Level View from Tromsø, Norway. 24 November 2010.
- Video (00:27) (Time-Lapse) –Earth and Auroras – Viewed from The International Space Station.