TSM 2362
TSM 2362 atau juga dikenali sebagai Gudgeon adalah sonar pemantau aktif panoramik ringan.
Gambaran
suntingGudgeon TSM 2362 merupakan sonar panoramik aktif HF kegunaan ringan yang direka bagi keadaan air cetek bagi kapal permukaan kecil seberat 150 tonn keatas. Sistem pengendali tunggal melaksanakan pemantauan, penjejakan, membantu pengelasan dan operasi ASW.
Jejakan pancaran bunyi dan fungsi ujian pemulihan adalah bersepadu. Unik akoustik kecil boleh dipasang pada kubah kekal atau ditarik masuk, atau dibawa dalam bekas ditunda.
Tatarajah asas terdiri dari satu kubah, jujukan akoustik silinder, bekalan kuasa/kabinet pemancar, kabinet penerima, konsol paparan dan dalam versi VDS, sistem ditunda jenis Swan 1000.
Jujukan akoustik, penyesuaian dari jujukan sonar celup HS12, terdiri daripada silinder yang terdiri dari 12 batang setiap satu bagi enam transduser ("transducers"). Pemancar beroperasi pada CW atau FM dalam mod keseluruh arah sekitar julat frekuensi 13 kHz.
Penerima menghasilkan 18 pancaran pra-bentuk dengan penstabil arah. Ia melaksanakan pemprosesan FM koheren dengan analisa pemampatan denyut dan spektral CW. Pemprosesan selepas merangkumi normalisasi, sisihan gema, penyelarasan bagi masa dan ruang, dan penetapan dan penjejakan sasaran secara automatik. Ia turut memiliki ciri arah audio bagi pengelasan gema. Sonar ini turut menggunakan algorithm pemprosesan yang dibangunkan bagi ATAS dan Spherion.
Konsol Gudgeon TSM 2362 memiliki cir monitor TV berkembar, warna, tidak berkelip, definasi tinggi, dengan data dipaparkan pada paparan PPI dengan multi-ping atau petikan video dan papan kekunci sensitif-sentuh taktile. Konsol turut bercirikan zum berkembar fungsi analisa sasaran yang mengukur panjang kelihatan dengan tambahan ukuran Doppler. Penjejakan automatik sehingga 64 sasaran dicapai dengan skala julat 1, 2, 4, 8, 12 dan 16 km.
Sonar turut memiliki ciri pelakar pancaran bunyi bersepadu dan jangkaan julat pengesanan. Rakaman dibinadalam an fungsi latihan turut dimasukkan. Pemasangan pada badan kapal dan VDS versi Gudgeon mudah disambung dan, bergantung pada litar berkait, dua sonar boleh dikendali serentak atau secara bergilir.
Status operasi
suntingEnam sonar pada badan kapal telah dijual kepada Singapura bagi dipasang pada enam unit pertama kelas `Fearless' dan satu unit di darat bagi tujuan latihan.
Pembina
sunting- Thales Underwater Systems
- Sophia Antipolis.