Tcl

(Dilencongkan daripada TCL)

Tcl ( Tool Command Language, sering ditulis "Tcl" berbanding "TCL" dan disebut ticle) adalah salah satu bahasa pengaturcaraan. Ia dicipta oleh John Ousterhout.

Tcl
Paradigmaberbilang paradigma: berorientasi objek, kefungsian, bertatacara, pacuan peristiwa
Muncul pada1988
Direka olehJohn Ousterhout
PembangunTcl Core Team
Lepasan stabil8.6.9 (16 November 2018; 5 tahun yang lalu (2018-11-16))
Lepasan pratunjuk8.7a1 (8 September 2017; 7 tahun yang lalu (2017-09-08))
Disiplin penjenisanDinamik, segalanya boleh dikira sebagai rentetan
Pelaksanaan utamaActiveTcl
Laman webwww.tcl.tk

Pentafsir yang biasa untuk Tcl adalah tclsh.

Sintaks

sunting

Sintaks asas dalam Tcl

sunting

Sintaksnya berupa seperti perkataan bahasa Inggeris yang disingkatkan. Skripnya terdiri daripada beberapa arahan. Arahan adalah beberapa perkataan yang dipisahkan dengan ruang kosong.

 kata1 kata2 kata3 ... kataN

Perkataan pertama adalah nama kepada perintah (bergantung kepada pengatur cara) manakala yang selebihnya adalah argumen-argumen.

 namaPerintah arg1 arg2 ... argN 

Sebagai contoh,

set x 14

mempunyai 2 argumen.

Simbol-simbol dengan tujuannya dalam Tcl

sunting
Simbol Kegunaan
\ Mengelakkan ruang kosong daripada memisahkan argumen
[] Sebagai sub-arahan
; Memberi isyarat permulaan arahan baru
# Memberi isyarat yang barisan tersebut adalah komen
$ Bertindak sebagai alamat untuk sesuatu pembolehubah untuk penggantian masuk
""
atau
{}
  • Mengkelompokkan argumen
  • Perbezaan "" dengan {}
  1. "" membenarkan penggantian masuk dalam mengkelompokkan argumen, manakala {} sebaliknya.
  2. {} boleh diletak berdekatan manakala "" tidak boleh.

Tatacara dalam TCL

sunting

Tatacara adalah arahan-arahan dalam TCL. Ia boleh disamakan dengan fungsi dalam C. Tatacara ditulis seperti berikut:

proc namaTatacara {arg1 arg2 ... argn} {
   #arahan-arahan diletakkan di sini
}

Cara pemanggilan tatacara di dalam skrip TCL adalah seperti berikut:

 namaTatacara arg1 arg2 ... argn

Tatacara boleh juga menerima argumen yang merupakan tatacara yang lain. Contoh:

 tatacara1 [tatacara2 arg1 arg2 ... argn]

Atur cara "Indahnya Dunia!"

sunting

Skrip:

puts "Indahnya Dunia!"

atau

puts {Indahnya Dunia!}

akan menghasilkan output yang berikut:

 Indahnya Dunia!

Menggunakan tatacara untuk atur cara "Indahnya Dunia!"

proc indahDunia {} {
   set ayat "Indahnya Dunia!"
   puts $ayat
}

indahDunia


Lihat juga

sunting

Pautan Luar

sunting