Tan-Ti-Ana adalah sebuah filem tempatan bertemakan seram komedi dibawah arahan Rosdi Md.Dali terbitan Dream At Work Sdn Bhd bersama NHF Productions. Filem yang diilhamkan oleh Datuk M.Razlan Ismail, selaku penerbit filem. Filem ini juga dilakonkan oleh empat pelakon utama iaitu Datin Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Joey Daud dan Zalif Sidek serta ramai artis tanah air termasuk artis dari Indonesia iaitu Bocil Bancin.[1] Filem ini telah ditayangkan dipawagam pada 29 Februari 2024 dan telah berada di siaran Netflix bermula 29 Jun 2024. Filem ini merupakan antara filem terakhir yang dilakonkan oleh Allahyarham Abam Bocey yang telah membawa watak sebagai Belon.[2] Selain itu juga, ini adalah filem dan pengalaman pertama bagi pelawak dari Indonesia, Bocil Bancin yang membawa watak sebagai Amir PM.

Poster rasmi filem Tan-Ti-Ana (dipawagam 29 Februari 2024 & di Netflix 29 Jun 2024).
Tan-Ti-Ana
PengarahRosdi Md Dali
Penulis
  • Amin Syakib
  • Syareel Izam Ali
Lakon layarDatuk M. Razlan Ismail
BerdasarkanDatuk M. Razlan Ismail
Dihasilkan olehDatuk M. Razlan Ismail
Dibintangi
SinematografiNorhanisham @ Labu
Disunting olehJeep Rahim
Muzik oleh
  • "Tantiana" Datin Atikah Suhaime
Syarikat
penerbitan
Dream At Work Sdn Bhd NHF Productions
Diedarkan olehUnited Studios
Tarikh tayangan
29 Februari 2024
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem ini mengisahkan tentang 3 orang sahabat iaitu Razman, Jojo dan Roy yang sanggup menerima tawaran penerbitan filem hantu yang telah tertangguh lama disebabkan oleh tekanan kehidupan dan kekurangan kerja didalam industri seni. Demi menjadikan produksi mereka terbaik, mereka sanggup melakukan apa sahaja meskipun terpaksa menggunakan hantu yang sebenar.[3]

Barisan pelakon

sunting

Penerbitan

sunting

Tan-Ti-Ana telah diarahkan oleh pengarah Rosdi Md Dali dan terbitan bersama daripada Dream At Work Sdn Bhd dan NHF Productions. Proses penggambaran filem ini pada tahun 2018 dan telah tergendala penerbitannya di pawagam akibat daripada penularan wabak Covid-19.[4]

Filem ini adalah filem pertama bagi Dream At Work Sdn Bhd setelah sekian lama giat mengeluarkan karya telemovie dan program majalah antaranya Ibu Pinjaman, Am'ma, Selendang Putih, Mohon Hantuan, Cinta Round 1, This Is Pilah: The Movie, Hello Suria, Jersi 45, This Is Pilah: Masuk TV, Mencari Puspawangi dan SQFT Tiny House.

Keluaran

sunting

Tan-Ti-Ana telah ditayangkan di pawagam pada 29 Februrari 2024, dengan United Studios bertindak sebagai Pengedar filem ini. Ia juga seiring ditayangkan bersama beberapa filem keluaran tempatan antaranya filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam (15 Februari 2024) dan Janna Endoro (22 Februari 2024).

Filem ini juga ditayangkan di platform Netflix bermula 29 Jun 2024 dan telah mendapat tempat ke-4 dalam carta '10 Filem Teratas di Malaysia Hari Ini' pada hari ke-3 di platform tersebut.[5]

Penerimaan

sunting

Filem ini telah mendapat sambutan baik daripada penonton kerana jalan ceritanya yang lebih santai ditonton bersama keluarga. Tambahan dengan konsep filem yang bergenre seram komedi, ianya mesra ditonton dalam pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

Promosi

sunting

Filem Tan-Ti-Ana telah dipromosikan di beberapa platform media seperti di akhbar, dan juga melalui stesen televisyen antaranya program MeleTop dan Radar Skrin.

Lagu tema filem Tan-Ti-Ana' telah dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Datin Atikah Suhaime.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tan-Ti-Ana (2024)". Internet Movie Database (IMDb). Dicapai pada 4 Julai 2024.
  2. ^ Hasan, Amri (28 Januari 2024). "Tan-Ti-Ana Filem Terakhir Arwah Abam, Penerbit Terngiang Kata-Kata; "Dia Tahu Dia Takkan Jadi Hero, Tapi ..."". Gempak.
  3. ^ "Tiga Sahabat Cari Pelakon Utama, Akhirnya Tan-Ti-Ana Muncul Tapi Siapakah Tan-Ti-Ana?". BOOM!. 22 Februari 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.
  4. ^ Ahmad, Adam Hafiz (28 Februari 2024). "Tan-Ti-Ana Filem Seram Komedi Menghantui Penonton Mulai 29 Februari Ini". MYBERITA. Dicapai pada 4 Julai 2024.
  5. ^ "TOP 10 on Netflix in Malaysia on July 2, 2024". FlixPatrol. 2 Julai 2024. Dicapai pada 4 Julai 2024.

Pautan Luar

sunting