Syeikh Mahmud Khalil Al-Qari

imam Masjid Dua Kiblat, Arab Saudi

Syeikh Mahmud Khalil Abdul Rahman al-Qari ialah imam Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat) di Madinah dan pernah dilantik menjadi imam Masjid Nabawi. Beliau adalah anak kepada Khalil Al-Qari.[1]

Mahmud Al-Qari dilahirkan dan dibesarkan di Madinah. Beliau menghafal al-Quran daripada ayahnya Khalil Al-Qari, ketika berusia sepuluh tahun. Beliau juga memperoleh ijazah sarjana muda dari Kolej Al-Quran dan Pengajian Islam.[2]

Beliau diterima untuk dilantik sebagai Imam di Masjid Nabawi bagi solat tarawih pada bulan Ramadan tahun 1438 dan 1439 Hijrah (2017 dan 2018). Beliau terus memimpin jemaah di Masjid Qiblatain sehingga kematiannya. [3]

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia pada pagi Sabtu, 26 Zulkaedah 1443 Hijrah bersamaan 25 Jun 2022 di Madinah, di unit rawatan rapi di sebuah hospital selepas sakit. Solat jenazah beliau dilakukan pada hari yang sama selepas solat Maghrib di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Perkuburan Baqi'.[3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "ما هو مرض الشيخ محمود خليل القارئ الذي تسبب بوفاته؟". 25 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2022. Dicapai pada 1 July 2022.
  2. ^ "السعودية.. الموت يغيب الإمام السابق للمسجد النبوي". العربية. June 25, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2022. Dicapai pada July 1, 2022.
  3. ^ a b "وفاة إمام مسجد القبلتين في المدينة بعد وعكة صحية". 25 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-27. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "auto" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Saudi Arabia.. Death misses the former imam of the Prophet's Mosque". 26 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2022. Dicapai pada 1 July 2022.