Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir
Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir ialah eksekutif perniagaan Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan (CEO) syarikat kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Bhd (2006-2012).[1] Sebelum ini beliau ialah pengarah eksekutif Perodua.
Pendidikan dan kerjaya
suntingDato' Sri Syed Zainal Abidin menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejuruteraan dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Projek dengan Petronas Gas Sdn Bhd (1987); Petroliam Nasional Berhad sebagai Eksekutif Kanan Jabatan Perancangan Korporat & Pembangunan Perniagaan Antarabangsa (1992)
Kemudian menyertai HICOM Holdings Berhad (1995) ; Pengurus Besar Kanan Perodua (1999) ; Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (2002) ; Timbalan Pengarah Urusan (Oktober 2005).
CEO Perodua
suntingBeliau menjadi Pengurus Besar Kanan Perodua (1999) ; Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (2002). Apabila Perodua Myvi dilancarkan pada 2005, beliau menjadi pemain utama Perodua.
CEO Proton
suntingDato' Sri Syed Zainal Abidin menjadi Pengarah Urusan Kumpulan Proton dari 1 Januari 2006 - 2012 selama 6 tahun. Turut dilantik pada 2005 ialah Datuk Kisai Rahmat. Sebelum ini CEO Proton ialah Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang ditamatkan pada 25 Julai 2005. Proton ketika itu telah membeli MV Agusta (Disember 2004).
Beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Proton mulai 4 Julai 2012. Ironinya beliau tidak dipecat.[2] Turut berbuat demikian ialah Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa pada 6 Julai 2012. Pengganti beliau ialah Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.
Proton ditubuhkan pada 1983 dan merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Proton beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom, Timur Tengah, Asia Tenggara, Australasia, China dan Iran.[3]Baru-baru ini, pada 16 April 2012 Proton melancarkan model kereta baru, Preve (baca prey-vey). Kereta itu diuji pandu dari Putrajaya ke Mantin menggunakan Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas). Kereta ini boleh menyaingi model kereta dalam Segmen C iaitu Toyota Corolla dan Honda Civic.[4]
Penasihat Proton, Mahathir Mohamad pernah membayangkan bahawa Syed Zainal Abidin mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd.[5]
Pada Mac 2012, DRB-Hicom membeli 42.74% saham Proton daripada Khazanah Nasional Bhd. Terkini DRB-Hicom memiliki 50.01 peratus kepentingan dalam Proton. Penjualan Proton Holdings Bhd. (Proton) kepada DRB-Hicom Bhd. telah menyebabkan syarikat automotif negara kehilangan hak eksklusif dalam semakan berhubung Dasar Automotif Negara (DAN). DRB-Hicom berhak menukar Pengarah Urusan kerana mereka kini memiliki Proton. Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil enggan memberi ulasan.[6] Proton bukan lagi syarikat milik kerajaan, malah kini perlu semeja dengan UMW Holdings Bhd., Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan beberapa syarikat automotif lain bagi membincangkan semakan terhadap DAN.[7]
Naib Presiden PETRONAS
suntingDato' Sri Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Naib Presiden Pemasaran di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dari 2017 sehingga sekarang. Sepanjang tempoh ini, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Berhad (PDB) berkuat kuasa 1 Jun 2018 [8] sehingga Disember 2019[9].
Pengerusi UiTM
suntingDato' Sri Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir telah dilantik sebagai Pengerusi UiTM selama tiga tahun, mulai Julai 2018[10].
Penghargaan
suntingPada November 2008, Dato' Sri Syed Zainal Abidin telah dinamakan "Manusia Automotif of the Year" oleh majalah kereta New Straits Times / Maybank 2008. Pada April 2010, beliau telah dinamakan sebagai "Business Leader dalam Sektor Automotif Antarabangsa" pada Anugerah Perniagaan Timur Tengah di Dubai.
Beliau menerima "Anugerah Ketua Eksekutif Bumiputra Masterclass" (Mei 2010). Pada Julai 2011, beliau meraih "Anugerah Kepimpinan Global di Sektor Automotif" di Anugerah Kepimpinan Global 2011.
Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Syed Zainal Abidin tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun lalu.[11]
Pada 7 Mac 2012, beliau menerima Anugerah Kecemerlangan AUAM daripada American Universities Alumni of Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tokoh korporat lain yang mnerima anugerah ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Kamaruzzaman Shariff; Pengerusi Top Glove Berhad, Tan Sri Lim Wee-Chai; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Ng Yih Chen. Turut hadir Presiden AUAM, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.[12]
Rujukan
sunting- ^ Pengurusan gabungan Proton
- ^ Syed Zainal mungkin tidak mahu sambung
- ^ Syed Zainal Abidin Letak Jawatan Daripada Proton
- ^ Preve, the best model ever
- ^ Syed Zainal enggan ulas
- ^ Proton hilang hak eksklusif dalam DAN
- ^ Proton hilang hak eksklusif dalam DAN Proton hilang hak eksklusif dalam DAN
- ^ https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/04/334545/syed-zainal-dilantik-ceo-pdb
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/azrul-osman-rani-made-new-petdag-md-and-ceo-syed-zainal-steps-down
- ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/375903/syed-zainal-abidin-pengerusi-uitm-baharu
- ^ Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin B. Syed Mohamed Tahir, Managing Director.
- ^ Sistem pendidikan terus diperkasa