Syed Hussein Syed Abdullah

YB Tuan Syed Hussien Syed Abdullah (Jawi: سيد حسين بن سيد عبدالل; lahir 17 April 1984) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Mahkota. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang.


Syed Hussein Syed Abdullah

سيد حسين سيد عبدالله
Anggota Dewan Undangan Johor
untuk Mahkota
Memegang jawatan
28 September 2024
Didahului oleh Sharifah Azizah Syed Zain
Majoriti20,648 (2024)
Butiran peribadi
Lahir (1984-04-17) 17 April 1984 (umur 40)
Kluang,Johor, Malaysia
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
Anak-anak2
Alma materDiploma Profesional Universiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik


Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Syed Hussein bin Syed Abdullah dilahirkan di Kluang, Johor, Malaysia pada tahun 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Cina Chong Eng (1991–1996), Jalan Mengkibol, Menengah Kluang Sekolah (1997–1999) dan SMK Segamat (2000–2001). Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di mana beliau menerima Diploma Profesional dalam Perniagaan dan Pentadbiran pada tahun 2021.

Kerjaya awal

sunting

Syed Hussein berkhidmat sebagai pengarah Syarikat Perniagaan Kembar Kubah bermula Tahun 2008.

Kerjaya politik

sunting

Syed Hussein berkhidmat sebagai ketua Pemuda UMNO di Kampung Palembang Lama dari 2013 hingga 2022. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai AJK Pemuda UMNO Kluang dan ketua penerangan Pemuda UMNO Kluang, kedua-duanya dari 2018 hingga 2022. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai naib ketua Bahagian Penerangan Pemuda UMNO Johor (2018–2022). Pada 2023, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO Kluang dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, kedua-duanya sejak 2023.

Syed Hussein berkhidmat sebagai ahli Majlis Daerah Kluang (zon Sri Impian) bermula tahun 2024.

Kehidupan peribadi

sunting

Selain daripada Melayu ibundanya, Syed Hussain boleh bertutur Bahasa Inggeris dan Mandarin. [1]

Keputusan pilihanraya

sunting
Dewan Undangan Negeri Johor
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Pct Lawan Undi Pct Undi dibuang Majoriti Hasil keluar masuk
2024 N29 Mahkota Syed Hussein Syed Abdullah (UMNO) 27,995 79.21% Mohamad Haizan Jaafar (BERSATU) 7,347 20.79% 35,705 20,648 53.84%

Rujukan

sunting
  1. ^ Shadiqe, Jassmine (September 14, 2024). "Multilingual Syed Hussein the right man for Mahkota, says Johari". New Straits Times.