Syed Hanafi bin Syed Abdullah
Syed Hanafi bin Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hafiz (1966 – 19 Mei 2020) merupakan pemain dram sebuah kumpulan rock yang muncul pada awal 90-an iaitu UG14 bersama-sama dengan Wom (vokal), Teddy (keyboard), Chico (gitar, kemudian digantikan dengan Andy) dan Daud (bass). Beliau merupakan saudara kandung kepada vokalis kumpulan Ababil dan G.E.T iaitu Ajid dan juga merupakan saudara tiri kepada dua gitaris kumpulan Search (Kid dan Din) dan pemain bass kumpulan Kris (Musa/Lomaq).
Syed Hanafi bin Syed Abdullah | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Hafiz |
Kelahiran | 1966 |
Meninggal dunia | 19 Mei 2020 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 53–54)
Genre | Rock |
Pekerjaan | Pemain dram dan pemuzik ![]() |
Syarikat rakaman | PolyGram CBS Records International (en) ![]() ![]() |
Anggota bagi | Kumpulan UG14 ![]() |
Kegiatan berkaitan | UG14 |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bersama UG14, beliau telah menghasilkan 3 buah album studio sebelum membawa haluan sendiri dengan menjadi pemuzik bebas di Johor Bahru sehingga ke akhir hayatnya.
Kematian
suntingSyed Hanafi Syed Abdullah, 54, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 9.15 malam, 19 Mei 2020 akibat masalah buah pinggang.
Anak sulungnya, Syed Mohd Syafiq, 26, berkata, bapanya yang lebih dikenali dengan panggilan Hafiz juga mempunyai masalah jantung pada 2015 dan menjalani pembedahan dalam tahun yang sama. Jenazah dimandikan dan disolatkan di Hospital Sultanah Aminah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru.