Syed Danial Syed Ahmad

Tan Sri Dato' Seri Syed Danial Syed Ahmad ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau turut memainkan peranan penting ketika pelantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong kali kedua. [1] Tan Sri Syed Danial dilahirkan pada 30 November 1944 (bersamaan 14 Zulhijjah 1363) di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, Pulau Pinang. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dan seterusnya menuntut di Universiti Malaya (BA Hons. 1967), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan akhir dalam bidang akademiknya di luar negara iaitu di Universiti of Wisconsin, Madison, USA (MA.1976).

Syed Danial bin Syed Ahmad
P.S.M; S.P.S.K; S.S.A.P; S.P.M.P; D.P.M.S; D.M.P.N; P.S.D; D.S.P.N; D.P.M.P; P.C.M; K.M.N; P.P.M
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Menyandang jawatan
10 Januari 2011
(13 tahun, 11 bulan dan 22 hari)
Raja
Perdana MenteriNajib Razak (2009-2018)
Mahathir Mohamad (2018-2020)
Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Anwar Ibrahim (2022-kini)
Didahului olehEngku Ibrahim Engku Ngah
Maklumat peribadi
Lahir
Syed Danial bin Syed Ahmad

(1944-11-30) 30 November 1944 (umur 80)
14 Zulhijjah 1363
Georgetown, Pulau Pinang
KerakyatanMalaysia
PekerjaanPegawai Kerajaan

Tan Sri Syed Danial pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan (PTD) selama 32 tahun di pelbagai Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan (Mei 1967 – Disember 1999) termasuk di Sarawak, Sabah, Perak, Kedah dan Perlis. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara bermula daripada tahun 2002 hingga 2004 dan seterusnya sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006. Beliau juga dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini ialah Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dari Besut, Terengganu.

Pengumuman puasa dan hari raya

sunting

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kebiasaannya mengumumkan tarikh permulaan puasa, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada setiap tahun sejak 2011 dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman puasa diumumkan pada penghujung bulan Syaaban setiap tahun Hijrah, manakala pengumuman hari raya Aidilfitri pada 29 Ramadhan setiap tahun Hijrah serta pengumuman Hari Raya Aidiladha pada 30 Zulkaedah setiap tahun Hijrah. Pengumuman beliau itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.[2]

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sultan Kedah catat sejarah
  2. ^ Umat Islam di M'sia mula berpuasa Sabtu ini
  3. ^ "Three to receive 'Tun' title today; 51 to be conferred with 'Tan Sri'". New Straits Times. 9 September 2017. Dicapai pada 6 November 2020.
  4. ^ "Agong kurnia darjah kebesaran kepada 103 penerima" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 9 September 2017. Dicapai pada 6 November 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2004" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri.
  6. ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 1981" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri.
  7. ^ "644 terima pingat sempena keputeraan Sultan Kelantan". Malaysiakini. 11 November 2013.
  8. ^ "Sultan of Pahang Birthday Honours List". The Star. 27 October 2012.
  9. ^ "Chief Justice heads Penang honours list of 1,138 people". The Star. 27 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2022. Dicapai pada 1 November 2024.
  10. ^ Lee Keng Fatt (11 July 1998). "Two Judges top honours list". New Straits Times. m/s. 6.
  11. ^ "Pengurniaan Darjah Kebesaran Bergelar Bagi Tahun 1998 Mengikut Negeri" (PDF). Jabatan Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 June 2014. Dicapai pada 16 March 2024.
  12. ^ Zahratulhayat Mat Arif (1 November 2024). "Keeper of Rulers' Seal heads list of Perak state award recipients". New Straits Times. Dicapai pada 1 November 2024.
  13. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (31 October 2024). "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ketuai 213 senarai penerima pingat". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2024.
  14. ^ "CARIAN REKOD PENERIMA DARJAH KEBESARAN/PINGAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN". pingat.perak.gov.my.
  15. ^ "Pengurniaan Darjah Kebesaran Bergelar Bagi Tahun 1990 Mengikut Negeri" (PDF). Jabatan Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 June 2014. Dicapai pada 16 March 2024.
  16. ^ "DPMS 2012". awards.selangor.gov.my.
  17. ^ "Chief Justice Heads Selangor Honours List". Bernama. Malaysian Times. 11 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
Jawatan lain
Didahului oleh
Engku Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
2011
Pemegang jawatan kini