Syasya

penyanyi wanita Malaysia

Norsyasya Afiqah Shahrizal (Jawi: نورشاشا افيقة شهرزال) (lahir 15 Januari 2001) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai bekas ahli kumpulan gadis Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2]

Syasya
Kelahiran
Norsyasya Afiqah binti Shahrizal

(2001-01-15) 15 Januari 2001 (umur 23)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2019–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Dolla

Kerjaya

sunting

Syasya ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[3] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Syasya bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4]

Kehidupan peribadi

sunting

Syasya dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik. Beliau ialah cucu kepada pelakon veteran, Rozie Othman.[5]

Diskografi

sunting

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Bas Terakhir Malam Raya Melati Filem pertama

Rujukan

sunting
  1. ^ "Dolla members profile and facts" [Profil dan fakta ahli kumpulan Dolla] (dalam bahasa Inggeris). KProfiles. 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  2. ^ Juliana Johar (3 Mei 2021). "Syasya Dolla pernah terima ugutan bunuh selepas dikecam tiru gaya rambut Lisa Blackpink". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  3. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  4. ^ Najiy Jefri (14 Oktober 2021). "Dolla bukti wanita berani". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (8 Februari 2022). "Syasya enggan tumpang nama nenek". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.