Saharul Ridzwan
Muhammad Saharul Ridzwan Hashim (sebelum ini dikreditkan sebagai Syarul Ridzwan; lahir 26 Januari 1989)[2] merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.[3] Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017), Jangan Benci Cintaku (2018), 30 Pesanan Suara (2019) dan Korban Kasih (2020).[4] Pada tahun 2017, Saharul memulakan kerjaya muziknya dengan merakamkan single pertamanya "Buku Putih".[5]
Saharul Ridzwan | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Saharul Ridzwan bin Hashim 26 Januari 1989 |
Pendidikan | Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat[1] |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2007–kini |
Ketinggian | 5 ft 10 in (1.78 m) |
Pasangan | Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir (k. 2016) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat Tumpat, Kelantan. Merupakan anak ketiga dari empat beradik, beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.[4]
Kerjaya
suntingKetika masih dikenali sebagai Syarul Ridzuan, Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin (juara) dan Syafiq Kyle (naib juara).[6] Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Saharul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).
Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.
Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Saharul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.[7][8]
Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[9] Saharul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016. Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.[10]
Beliau muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajuk "Buku Putih".[11][12] Beliau dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Zizan Razak yang menyumbangkan rap dalam lagu.[13][14] Lagu tersebut memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018. Pada tahun 2019 beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara dan memegang watak sebagai Iman yang merupakan kawan baik kepada Izman.
Kehidupan peribadi
suntingBeliau berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 dan dikurniakan anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.[15][16]
Saharul dan isterinya, Deena dikurniakan cahayamata kedua, iaitu anak perempuan yang dilahirkan pada 13 Jun 2020.[17][18]
Saharul mendedahkan pada Jun 2020 bahawa beliau telah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya. Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak marah kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,".[19] Beliau sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.[20]
Beliau mendedahkan dalam satu temuramah dengan Astro Gempak pada 3 Julai 2020 bahawa beliau telah mengalami masalah kewangan yang berpunca daripada kesilapan dirinya yang tidak menyimpan sumber pendapatan yang diperolehi sambil menyifatkan 2017 sebagai tahun kejatuhan beliau. Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada tahun 2017, selepas Deena melahirkan Ali saya ada masalah kewangan... saya bawa RM30 sehari, benda itu betul. Pada tahun itu, saya anggap itu tahun kejatuhan saya. Silap saya juga. Waktu banyak sumber pendapatan datang, kita tak beringat".[21]
Pengunduran kerjaya
suntingPada awal 2021 Saharul mengambil keputusan untuk tidak berlakon selepas mengubah haluan dirinya dengan menyertai aktiviti keagamaan dan membuka perniagaan bersama isterinya. Bagaimanapun beliau sempat habiskan beberapa drama seperti Korban Kasih, Mr. Bibik dan filem sulung Coast Guard Malaysia: Ops Helang , beberapa tahun kemudian (2023-2024) beliau menjual kereta Mercedes Benz dan sebuah rumah di Cyberjaya bagi meneruskan kehidupan dan modal perniagaan.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Renjana | Johan | Pali Yahya | Filem pertama |
2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Leftenan (Maritim) Hafiz Othman | Allahyarham Pitt Hanif |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Tanah Kubur | Adip | Astro Oasis | Episod: 'Derma Duit Surau (Musim kedua) |
2012 | 3 Janji | Arif | TV3 | Drama pertama beliau |
2013 | Tanah Kubur | Adib | Astro Oasis | Episod: "Sumbang Mahram" (Musim 6) |
Hujan | Azaril | TV3 | ||
Kisah Cinta | Azmi (muda) | |||
Maskara | Hamdan [22] | TV1 | ||
Love You Mr. Arrogant | Faizal | TV3 | ||
2014 | Tanah Kubur | Farid | Astro Oasis | Episod: "Qasaf" (Musim 9) |
Romi Cinta Julia | Romi Suffian | TV3 | ||
Kifarah | Ustaz Ikbal | Episod: "Duit" | ||
Kifarah 2 | Fuad | Episod: "Kenan" | ||
Mat Cepat | Sam | TV2 | ||
Fajar Aiman | Aiman | TV3 | ||
Berlima Ramadan | Ilham | TV1 | ||
2015 | Tanah Kubur | Jamal | Astro Oasis | Episod: "Keji dan Zalimnya Zina" (Musim 13) |
Puteri Bukan Nama Sebenar | Mirza | TV3 | ||
Hati Perempuan | Tengku Zaril | |||
Street Vendetta | Fakruzi/Kojie | TV2 | ||
Kau Aku Kita | Iman Firdaus | TV3 | ||
Sayap Jibril | Sham | Astro Oasis | Episod: "Keluarga Sakinah, Dijentik Jahiliah" | |
2016 | Kifarah Mistik: | Jie | TV3 | Episod: "Nifaq" |
Seindah Takdir Cinta | Shariman | |||
#AssalamualaikumCinta | Rykal Safuan | Astro Ria | ||
Rumi & Jawi | Afiq | Astro Prima | ||
2017 | Arluna | Johan Arif | ||
Megat Extend | Megat | Astro Warna | ||
Setia Menunggumu | Akhdiat/Adi | HyppTV | ||
Kerana Satu Janji | Ilham Hazri | TV3 | ||
Tauke Jamu | Dazril | |||
2018 | Tok Adi | Hakim | Astro Oasis | |
Zahir Tak Terucap | Hisyam | TV3 | ||
Jangan Benci Cintaku | Shahrizal Hayrat | |||
Mawar Murni | Harris | |||
Selafaz Cinta | Reza Ammar | Astro Prima | ||
2019 | 30 Pesanan Suara | Iman | TV3 | |
Dia Pengantinku | Syed Ashraf | TV1 | ||
2020 | Camelia | Malik | TV3 | |
Korban Kasih | Jalil | TV1 | ||
Cinta Sekali Lagi | Fahad | TV3 | ||
2020–2021 | Tercipta Satu Ikatan | Zainudin | Astro Ria | |
2021 | Sabarlah Duhai Hati | Affan | TV3 | |
Mr. Bibik | Firash Iman |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Kabin Di Tepi Tasik | Radzi | Astro Ria | Telefilem pertama |
2013 | Cinta Laila Majnun | Kamal | Astro Oasis | |
Syair Untuk Bonda | Along | |||
Love You Mr Arrogant Raya | Faizal | TV3 | ||
Cinta Mat Semperit | Mahad | |||
Opss Terlebih Pulak | Adri | TV9 | ||
2014 | Klon Ustaz | Amar | ||
Titisan Keinsafan | Shukri | TV3 | ||
Kata Samseng | Suffian | TV2 | ||
Kimchi Raya | Kang Gary | TV9 | ||
2015 | Airis | Azad | TVi | |
Papa Yibbie | Ilham | TV9 | ||
Sirna | Johan | TV2 | ||
Harus Berpisah | Hakim | Astro Prima | ||
Jodoh Ke Uolls? | Tengku Zaril | TV3 | ||
2016 | Mak Cun Pi New York | Aryan | ||
Kau Aku Kita Raya | Iman Firdaus/Im Aus | |||
Kapcai Ayah | Aliff | TV9 | ||
Liga Masjid | Remy | Astro Ria | ||
2017 | Jalan Balik Surau | Salim | TV3 | |
Trauma | Budin | |||
Hanya Tuhan Yang Tahu | Iskandar | |||
Terhentinya Doa | Wafie | |||
Teman Pengganti | Haiman | |||
Di Balik Lindungan Kasih | Amir/Wan | TV1 | ||
2018 | Hantu Rumah Sakit Jiwa | Syafiq | Astro First Eksklusif | |
Bahulu Untuk Opah | Dr Hasif | TV3 | ||
2019 | Sahur Terakhir | Zamani | TV Okey | |
Remuk | Zakuan | TV3 | ||
2020 | Mohon Hantuan | Astro Citra | ||
2021 | Mufariq | TV1 |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2015 | Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Muluk |
Bawang Merah Bawang Putih | Putera Raja |
Web drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2013 | Sweetheart Fantasia | Jimmy Daeng | Tonton |
2017 | Chor & Chah | Chor | SME Corp Web/YouTube |
2018 | Chor & Chah 2 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Aksi | Pengacara | TVi | |
Jangan Gelak Raya | Tetamu undangan | TV9 | bersama Aepul Drama Band, Black, Aidil Aziz, Keroz Nazri dan Anas Ridzuan | |
2015 | Melodi | Tetamu undangan | TV3 | |
2015/16 | Ketuk -Ketuk Ramadhan | Artis jemputan | TV1 | |
2016 | Yeke? | Dirinya sendiri | TV3 | bersama Neelofa, Kamal Adli, Izreen Azminda, Nabila Huda & Nazim Othman |
MeleTOP | Tetamu undangan | Astro Ria | bersama Kamal Adli dan Ayda Jebat mempromosikan drama #Assalamuaikum Cinta | |
bersama Hairul Azreen, Ayda Jebat dan Ajak Shiro dalam mempromosikan rancangan Running Man Challenge 100 Plus | ||||
2017 | Running Man Challenge Hydrated by 100PLUS | Dirinya sendiri | Team Lemon Lime | |
CCTV | Tetamu undangan | promosi drama Megat Extend bersama Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz, Haris Zainuddin, Nonny Nadirah dan Natasha Elyzza | ||
2018 | Drop The Beat | Tetamu undangan | NTV7 | Episod 1: Bersama Hafidz Roshdi, Elly Mazlein dan Balqis mentor. episod second chance(ep 7), ganti Naim Daniel & episod separuh akhir 1, ganti Nadia Aqilah yang tarik diri kerana masalah kesihatan. |
MeleTOP | Tetamu undangan | Astro Ria | Bersama Nasir Bilal Khan, Izzue Islam dan Fouziah Gous dalam mempromosikan drama terbaru Astro Oasis iaitu Tok Adi. | |
Solo Yolo Ep 9 | Pengacara jemputan | |||
Pop TV | NTV7 | bersama Luqman Hafiz dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir | ||
Pop Express | bersama Ajai untuk promosi lagu terbaru | |||
Wanita Hari Ini | Tetamu jemputan | TV3 | bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir | |
Malaysia Hari Ini | Tetamu jemputan | bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir | ||
Melodi | Tetamu jemputan | bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir | ||
I Can See Your Voice Malaysia | Penyiasat jemputan | NTV7 | episod 4 bersama Zarul Husin dan Hafiz Hatim dimana artis jemputan adalah Wany Hasrita. |
Diskografi
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "Buku Putih"
|
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon | |
2016 | Aktor Pilihan | Kau Aku Kita | Menang | |
Pasangan Pilihan (bersama Janna Nick) | Menang | |||
Artis Aksi Selfie Popular | — | Menang | ||
Aktor Terbaik Pilihan Online | Menang | |||
Lelaki Tampan Pilihan DNARS | Menang | |||
Personaliti Drama Melodi | Tercalon | |||
Selebriti Harapan Pilihan | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular | Hati Perempuan | Menang | ||
2017 | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | — | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | Tercalon | |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Aktor Filem Popular | Tercalon |
Penajaan
suntingRujukan
sunting- ^ Saharul mahu selenggara pesawat Berita Harian (22 Mac 2017). Dicapai pada 22 Mac 2017. — melalui Pressreader.
- ^ Feride Hikmet Atak (28 April 2015). "Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 28 April 2015.
- ^ "Syarul buka haluan untuk berjaya". Utusan Malaysia. 19 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 13 Januari 2018.
- ^ a b Rosli Manah (4 Disember 2011). "Jangan hina orang obes - Syarul". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 4 Disember 2011.
- ^ Z. Nadzri (26 Disember 2017). Saharul Ridzwan Rakam Single Buku Putih Rojak Daily. Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ Rozaimi Zubaidi (6 April 2015). Syarul Ridzuan tidak tergugat dengan teman Hero Remaja mStar Online. Dicapai pada 15 Mei 2015.
- ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
- ^ Marina Shabudin (5 April 2015). Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2015.
- ^ Georgie Joseph (19 Mac 2016). Kau Aku Kita...terbaik Diarkibkan 2020-02-26 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2017.
- ^ Izwan Mohd Isa (7 Disember 2017). "Saharul Ridzwan cari keseimbangan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 7 Disember 2017.
- ^ Emma Hassan (7 Ogos 2018). Kisah Hidup Saharul Ridzwan Dalam lagu Buku Putih Mangga Media. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (7 Mac 2019). Biasalah orang baharu kena kritik - Saharul Ridzwan Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ^ Jemang Rahman (11 Ogos 2017). Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap mStar Online. Dicapai pada 11 Ogos 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (14 Ogos 2017). Saharul Ridzwan jadi rapper Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
- ^ Kamaruddin Razal (29 Mac 2017). Saharul Ridzwan Lega Dapat Penuhi Permintaan Isteri Astro Gempak. Dicapai pada 29 Mac 2017.
- ^ Hanisah Selamat (7 Jun 2017). Saharul Ridzwan timang bayi lelaki Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (13 Jun 2020). Saharul Ridzwan, isteri sambut puteri Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Georgie Joseph (13 Jun 2020). Saharul Ridzwan dapat 'baby girl' Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Jun 2020). "Saharul Ridzwan akui terima penjelasan TNB". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Jun 2020). "Bil elektrik melambung RM1,1444.75". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
- ^ Zulaikha Yusof (3 Julai 2020). ""2017 tahun kejatuhan saya" - Saharul Ridzwan". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
- ^ Nasha selektif, Lisa teruja Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2014.
- ^ Saharul Ridzwan kongsi pengetahuan Kosmo! (17 Mac 2017). Dicapai pada 1 Jun 2017.
- ^ Menjadi tonton VIP bersama Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad Selebriti Online | 30th August 2016.