Syarikat liabiliti berhad
Syarikat liabiliti berhad (limited liability company, LLC), di dalam hal ehwal perniagaan Amerika Syarikat, adalah sebuah perusahaan fleksibel yang mengadun unsur perkongsian dan struktur korporat. Entiti ini merupakan bentuk undang-undang syarikat yang memberikan liabiliti terhad kepada pemiliknya dalam kebanyakan bidang kuasa di Amerika Syarikat.