Syarikat Perkapalan Diraja Patani
Syarikat Perkapalan Diraja Patani (Jawi: شريکت ڤرکاڤلن دراج فتاني ) ialah sebuah syarikat perkapalan yang ditubuhkan oleh Ratu Kuning (pemerintahan 1635–1688) dari Kerajaan Pattani pada abad ke-17.[1][2] Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan barangan yang didagang keluar dari Pattani[3][4] dan melawan monopoli syarikat Eropah lain seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C) milik Belanda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (S.H.T.I.) milik British. Barangan keluaran Patani yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa diketuai oleh seorang Nakhoda Kapal yang diberi gelaran Saudagar Raja. Kapal perdagangan tersebut dihantar berdagang di merata kawasan sambil bersaing dengan pedagang persendirian.[5]
Penubuhan syarikat perkapalan ini menjadikan Ratu Kuning sebagai raja Pattani terkaya. Harta kekayaan yang diperoleh baginda diwartakan sebagai harta negeri dan bukannya harta peribadi baginda. Hal ini telah membawa kemakmuran ke negeri tersebut sehinggalah penaklukan oleh Siam pada tahun 1786.[5]
Rujukan
sunting- ^ Isma Ae Mohamad 2015, m/s. 264-265.
- ^ Mohamed Nazreen Shahul Hamid 2015, m/s. 333. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFMohamed_Nazreen_Shahul_Hamid2015 (help)
- ^ Mohd. Zamberi A. Malek 2006, m/s. 125.
- ^ Nor Hashimah Jalaluddin 2015, m/s. 313.
- ^ a b Mohamed Nazreen Shahul Hamid (2015). "Keagungan Empayar Maritim Melayu Nusantara daripada Sejarah Kepada Kisah Fiksyen". Tunas Cipta. No. 4. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 9. Dicapai pada 11 Jun 2020.
Sumber
sunting- Mohd. Zamberi A. Malek (2006). Pensejarahan Patani. Penerbit Universiti Malaya. ISBN 978-983-100-347-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Isma Ae Mohamad (2015). Novel Sejarah: Ratu-ratu Patani: Kisah Cinta dan Perang. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad. ISBN 978-967-430-665-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- Nor Hashimah Jalaluddin (2015). "Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik". Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 8 (2). ISSN 1675-6460. OCLC 62202390.CS1 maint: ref=harv (link)
- Mohamed Nazreen Shahul Hamid (2015). "Ulasan Buku: Novel Sejarah Ratu-ratu Patani (Kisah Cinta dan Perang)" (PDF). Jurnal Antarabngsa Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 8 (2). ISSN 1675-6460. OCLC 62202390.CS1 maint: ref=harv (link)