Syahadan ialah sebuah filem drama silat Malaysia 2022. Ia mengisahkan seorang pemuda berlatih silat yang perlu menghadapi perjuangan mental dan fizikal untuk menjadi seorang layak untuk silat dan juga menentang sindiket samseng di kampungnya.

Syahadan
PengarahFairus Hussain, Halim Hassan
Dibintangi
  • Al Jufferi Jamari
  • Anuar Rahman
  • Bob Megat
  • Fauzi Khalid
Syarikat
penerbitan
Trilion Marketing Sdn. Bhd
Tarikh tayangan
17 Februari 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 36 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 95 Ribu

Ia ditayangkan di pawagam pada 17 Februari 2022 di Malaysia.[1][2][3][4][5][6]

Ia menampilkan juara silat dunia dan pensilat negara Al Jufferi Jamari sebagai pelakon utama, Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid dan para-para atlet pesilat negara.

Sinopsis

sunting

Seorang anak muda, Omar hidup tanpa matlamat sebenar. Demi mendisiplinkan Omar, bapanya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan berguna melalui persilatan.

Omar pada mulanya menentang dan tidak berminat mempelajari silat. Namun hatinya terbuka setelah gurunya Pak Daud berjaya menumpaskan samseng yang bersenjata. Sepanjang sesi latihan silat bersama Pak Daud, Omar terpaksa berhadapan dengan falsafah persilatan dan cabaran latihan fizikal mental untuk membina jatidiri sebagai orang silat.

Setelah berjaya mewarisi ilmu persilatan, suatu hari Omar berdepan dengan kumpulan samseng diketuai oleh Zed Punk yang merupakan sindiket penculikan kanak. Berjayakah Omar menumpaskan kumpulan samseng itu?[7]

Pelakon

sunting
  • Al Jufferi Jamari sebagai Omar
  • Anuar Rahman sebagai Pak Daud
  • Bob Megat sebagai Kamal
  • Fauzi Khalid sebagai Pendekar Alang
  • Taqiyuddin Hamid sebagai Zed Punk
  • Hj Megat Zulkarnain sebagai Mahaguru
  • Sazzlan Yuga sebagai Pian
  • Mohd Syafiq Ibrahim sebagai Dan
  • Nashrul Edzam Asri sebagai John
  • Muhammad Shukrillah Badrillah sebagai Acai
  • Masria Lamassa sebagai Kak Milah
  • Hisham Putra sebagai Ringgo

Keluaran

sunting

Filem ini dihasilkan dengan kerjasama Perseketuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Ia ditayangkan di pawagam pada 17 Februari 2022 di Malaysia.[8]

Lihat juga

sunting

Filem bertema silat:

Rujukan

sunting
  1. ^ "Filem Syahadan". Blog Sihatimerahjambu. Dicapai pada 2022-02-17.
  2. ^ "Al-Jufferi watak utama filem aksi". Astro Awani. Dicapai pada 2021-03-13.
  3. ^ "Syahadan ketengah falsafah silat". Malaysia Gazette. 2022-02-17.
  4. ^ "Filem Syahadan angkat seni bela diri silat dan warisan Melayu". Berita RTM.
  5. ^ "Filem 'Syahadan' Sasar Pengamal Persilatan Dan Pencinta Silat Melayu!". Suka Filem.
  6. ^ "Memartabatkan Seni Silat Melayu, Filem Syahadan Ditayangkan Di Pawagam Bermula 17 Februari". Oh Bulan!. 2022-02-15.
  7. ^ "Trailer rasmi 1 Syahadan". Youtube.
  8. ^ "Alasan Filem Persilatan 'Syahadan' Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen". Vocket. 2021-09-02.

Pautan luar

sunting
  • Cari lokasi pawagam dan jadual: Malaysia