Sweetener (album Ariana Grande)

(Dilencongkan daripada Sweetener)


Sweetener ialah album studio keempat oleh penyanyi Amerika, Ariana Grande. Ia telah dikeluarkan pada 17 Ogos 2018 melalui Republic Records.[4] Album ini merupakan susulan kepada album studio beliau sebelum ini, Dangerous Woman (2016), yang menampilkan penampilan daripada Missy Elliott, Nicki Minaj, dan Pharrell Williams.

Sweetener
Album studio oleh
Dilancarkan pada17 Ogos 2018 (2018-08-17)
Dirakamkan padaJulai 2016[1] – Mei 2018[2]
TempatAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Genre
Panjang47:25 Sunting nilai ini di Wikidata
BahasaBahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatRepublic
Penerbit
Kronologi Ariana Grande
Dangerous Woman
(2016)
Sweetener
(2018)
Single daripada Sweetener
  1. "No Tears Left to Cry"
    Dikeluarkan: 20 April 2018
  2. "God Is a Woman"
    Dikeluarkan: 13 Julai 2018
  3. "Breathin"
    Dikeluarkan: 18 September 2018
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Single utama album, "No Tears Left to Cry", telah dikeluarkan pada 20 April 2018 dan berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat. Single promosi album, "The Light Is Coming" (digayakan dengan huruf kecil), yang menampilkan rapper Nicki Minaj, telah dikeluarkan pada 20 Jun 2018, bersama-sama dengan pra-pesanan album di iTunes. Single kedua, "God Is a Woman", telah dikeluarkan pada 13 Julai 2018.

Latar belakang

sunting

Pada 13 November 2016, Grande menyatakan di Snapchat bahawa dia telah menamatkan rakaman untuk album keempatnya. Dia kemudian menjelaskan dengan berkata, "Saya tidak bermaksud untuk membuat album, dan saya tidak tahu sama ada ia betul-betul sudah selesai sepenuhnya, tetapi saya mempunyai banyak lagu yang saya sangat-sangat suka. Saya telah banyak bekerja dan mencipta dan merasa terinspirasi.".[5][6] Pada Disember 2017, dia mengesahkan bahawa dia masih bekerja untuk album tersebut.[7]

Pengurus Grande, Scooter Braun memberitahu Variety bahawa album tersebut mempunyai bunyi yang lebih matang: "Sudah tiba waktunya untuk [Ariana] menyanyikan lagu-lagu yang mendefinasikan dirinya... Whitney, Mariah, Adele - ketika mereka bernyanyi, itu ialah lagu mereka. Ariana mempunyai vokal yang bagus; sudah tiba masanya untuk lagunya sendiri.".[8] Pharrell Williams memberitahu Los Angeles Times: "Perkara yang [Ariana] katakan untuk album ini, ia merupakan peringkat yang seterusnya.".[9] Produser, Max Martin dan Savan Kotecha kemudian disahkan telah bekerjasama dengan Grande untuk album ini.[10] Pada 28 Disember 2017, Grande berkongsi beberapa gambarnya di studio untuk sepanjang tahun itu.[11] Minggu berikutnya, Grande berkongsi coretan dari album ini di Instagram, yang kemudiannya terbongkar sebagai trek yang berjudul "Get Well Soon".[12]

Pada 16 April 2018, Grande dilaporkan akan mengawalkan tarikh pengeluaran single utama album iaitu pada 20 April 2018, kerana album rakan selabelnya, Post Malone akan dikeluarkan pada 27 April.[13] Pada 17 April 2018, Grande mengumumkan bahawa single utama album, "No Tears Left to Cry", akan dikeluarkan pada 20 April 2018.[14]

Pada The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Grande mengumumkan bahawa albumnya akan bernama Sweetener. Beliau berkata makna di sebalik tajuk itu adalah "Ia seperti membawa cahaya kepada suatu keadaan, atau kehidupan seseorang, atau orang lain yang membawa cahaya kepada hidup anda, atau memaniskan keadaan.".[15] Kulit hadapan untuk artikel oleh Sam Lansky pada majalah Time edisi Mei 2018 mencatatkan bahawa, buat pertama kalinya dengan album ini, Grande "mengetuai dalam penulisan".[16] Pada akhir Mei 2018, Grande mengumumkan bahawa album tersebut mempunyai 15 trek lagu dan tiga kolaborasi, termasuk bersama Nicki Minaj, Pharrell Williams, dan Missy Elliott.[17]

Pada 2 Jun 2018, Grande mengumumkan di Wango Tango bahawa album tersebut akan tersedia untuk pra-pesanan pada 20 Jun 2018, dan single promosi, "The Light Is Coming" akan dikeluarkan bersama dengannya. Pada 27 Jun 2018, Grande mengumumkan bahawa single kedua, "God Is a Woman", akan dikeluarkan pada 20 Julai 2018.[18]

Promosi

sunting

Grande mendiamkan diri di semua media sosial selepas berkongsi coretan lagu dari album pada 31 Disember 2017. Pada 17 April 2018, Grande memecah kesunyiannya dengan berkongsi teaser single utama album, "No Tears Left to Cry", yang dikeluarkan pada 20 April 2018, bersama dengan video muziknya. Dia buat pertama kalinya mempersembahkan lagu tersebut di Coachella pada malam itu, sebagai tetamu semasa persembahan DJ Kygo. Grande mengumumkan tajuk album dan beberapa tajuk trek pada The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 1 Mei 2018, secara ringkasnya sebelum mempersembahkan "No Tears Left to Cry". Dia juga mempersembahkan lagu itu pada pembukaan upacara Billboard Music Awards 2018 pada 20 Mei. Pada 2 Jun 2018, Grande tampil di Wango Tango di California, menutup persembahannya dengan nyanyian "No Tears Left to Cry" dan juga berkongsi coretan daripada trek "The Light Is Coming".

Konsert jelajah dunia

sunting

Grande mengesahkan melalui Twitter bahawa konsert jelajah dunia, "Sweetener World Tour" akan diadakan untuk mempromosikan album.

Single

sunting

Single utama album, "No Tears Left to Cry", dikeluarkan pada 20 April 2018. Ia mendahului dan memuncak di tangga ketiga di Billboard Hot 100, yang menjadi kali kesembilan untuk Grande berada di 10 teratas carta Hot 100 dan kali keenam untuk penampilan terbanyak dalam 10 carta teratas, menyamakan Grande dengan Lady Gaga dan Rihanna di tempat keenam dalam kalangan artis dengan 10 teratas penampilan terbanyak dalam carta itu. Single tersebut membuatkan Grande menjadi artis pertama dalam sejarah 59 tahun carta untuk mendahului dalam tangga 10 teratas untuk setiap single utama dari empat album pertama beliau.

Single promosi

sunting

Single promosi album, "The Light Is Coming", yang menampilkan rapper Nicki Minaj, telah dikeluarkan pada 20 Jun 2018, bersama-sama dengan pra-pesanan album di iTunes.

Senarai trek

sunting
Sweetener  – Edisi standard
No.TajukProducer(s)Masa
1."raindrops" (an angel cried) 0:33
2."blazed" (feat. Pharrell Williams)
3."the light is coming" (feat. Nicki Minaj) Pharrell Williams3:48
4."R.E.M"4:02
5."God is a woman"
  • Max Martin
  • Ilya Salmanzadeh
3:17
6."sweetener"3:27
7."successful"
8."everytime"
9."breathin"
10."no tears left to cry"
  • Max Martin
  • Ilya Salmanzadeh
3:25
11."borderline" (feat. Missy Elliott)
12."better off"
13."goodnight n go"
14."Pete Davidson"
15."get well soon"5:22
Jumlah masa: 46:14




Rujukan

sunting
  1. ^ "Ariana Grande on Twitter". Dicapai pada June 7, 2018 – melalui Twitter.
  2. ^ "Ariana Grande on Twitter". Dicapai pada June 7, 2018 – melalui Twitter.
  3. ^ Tanzer, Myles (May 31, 2018). "Cover Story: Ariana Grande". The Fader.
  4. ^ "Ariana Grande Taps Nicki Minaj for New Song "The Light Is Coming": Listen". Pitchfork. 2018-06-20. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  5. ^ "Ariana Grande Is Already Working On Her Fourth Album". Idolator. 13 November 2016.
  6. ^ "Ariana Grande's Been So 'Inspired' That She Already Made Her Next Album". MTV.
  7. ^ Rice, Nicholas (December 15, 2017). "Ariana Grande Confirms She's Working On Her Fourth Studio Album". Billboard.
  8. ^ "From Ariana to Watt: Catching Up With Scooter Braun's 20 Clients as SB Projects Turns 10". November 22, 2017.
  9. ^ Diderich, Joelle (November 22, 2017). "Pharrell Williams' latest Adidas Originals collaboration is a super-exclusive pair of co-branded Chanel kicks". Los Angeles Times.
  10. ^ Aswad, Jem (9 April 2018). "Ariana Grande to Drop First Single From New Album on April 27".
  11. ^ "Is Ariana Grande Collaborating With Aretha Franklin? - MTV UK". MTV.
  12. ^ Grande, Ariana (December 31, 2017). "See you next year" – melalui Instagram.
  13. ^ "Ariana Grande's New Single "No Tears Left to Cry" Arrives On April 20 (Update)". Headline Planet. 16 April 2018.
  14. ^ "Ariana Grande Announces New Song 'No Tears Left to Cry' Out Friday". Billboard.
  15. ^ "Ariana Grande Dishes On New Album 'Sweetener' as She Takes Over 'The Tonight Show'". Billboard. May 2, 2018. Dicapai pada May 4, 2018.
  16. ^ Lansky, Sam (May 17, 2018). "Ariana Grande Is Ready to Be Happy". Time.
  17. ^ "fifteen ☁️". May 29, 2018 – melalui Twitter.
  18. ^ Criswell, Josh (June 2, 2018). "Ariana Grande Reveals 'Sweetener' Album Pre-Order Date". iHeartRadio. Dicapai pada June 3, 2018.
  19. ^ "Sweetener Japan Special Edition [w/ GOODS, Limited Edition] by Ariana Grande". CDJapan. Dicapai pada June 21, 2018.
  20. ^ "Sweetener Deluxe Edition [w/ DVD, Limited Edition] by Ariana Grande". CDJapan. Dicapai pada June 21, 2018.