Sveriges Television

Sveriges Television AB (SVT, Mengenai audio iniPronunciation , "Televisyen Sweden") ialah badan penyiar televisyen awam kebangsaan Sweden, ia dibiayai oleh yuran wajib dibayar oleh semua pemilik peti televisyen di negara tersebut. Sistem penyiaran awam Sweden sedikit sebanyak berasaskan sistem di United Kingdom, oleh itu Sveriges Television banyak persamaannya dengan BBC.

Sveriges Television (SVT)
JenisRangkaian televisyen terestrial
Negara
KetersediaanSeluruh negara
Ditubuhkan1979
SloganFri Television ("Televisyen Bebas")
PemilikFörvaltningsstiftelsen för Sveriges Radio, Sveriges Television dan Sveriges Utbildningsradio
Orang penting
Lars Engqvist (s), Pengerusi Lembaga
Eva Hamilton, Ketua Pegawai Eksekutif
Tarikh pelancaran
4 September 1956
Nama lama
Radiotjänst (1956–1957)
Sveriges Radio TV (1957–1979)
Saluran
SVT1, SVT2, SVT24, SVTB, SVTK, SVT HD, SVT Play, SVT World, SVT UR dan 12 saluran daerah
Laman sesawang
www.svt.se

Sveriges Television ialah sebuah syarikat awam berhad yang dimiliki oleh sebuah yayasan bebas, iaitu Förvaltningsstiftelsen för Sveriges Radio AB. Ahli-ahli yayasan ini merupakan ahli-ahli politik yang dilantik oleh kerajaan. SVT dibiayai melalui yuran lesen khas yang diperuntukkan oleh Parlimen Sweden, dan juga cukai kerajaan am. Kerangka perundangan SVT adalah berlandaskan undang-undang Sweden dan lembaga dan pengerusinya dilantik oleh kerajaan Swedien. Sehingga berpisah pada tahun 1979, khidmat televisyen SVT berada di bawah Sveriges Radio, iaitu penyiar radio awam. Statusnya boleh disifatkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan separa berautonomi.

Sveriges Television memonompoli penyiaran terestrial dalam negara sejak tahun 1956 sehingga penyiar swasta TV4 mula bersiaran pada tahun 1992. SVT masih dilarang dari menyiarkan iklan kecuali memaparkan penaja untuk acara sukan besar. SVT asalnya merupakan satu-satunya khidmat televisyen berbahasa Sweden untuk tontonan awam, sehinggalah saluran satelit TV3 dilancarkan pada tahun 1987. SVT masih merupakan rangkaian TV terbesar di Sweden, menikmati 36.4% dari jumlah penonton.

Saluran

sunting

SVT mempunyai lima saluran biasa yang bersiaran di Sweden:

  • SVT1 - Saluran utama untuk tontonan umum. 10 rancangan TV Sweden yang paling ramai penonton pada tahun 2006 disiarkan oleh saluran ini.
  • SVT2 - Saluran khas yang menekankan tema kebudayaan, hal-ehwal semasa dan dokumentari.
  • SVT24 - Ulang tayang rancangan SVT1 dan SVT2 pada waktu petang, serupa dengan C-SPAN pada waktu siang, tumpuan pada sukan pada hujung minggu dan berita mutakhir berterusan.
  • SVTB - Barnkanalen (Saluran Kanak-Kanak), bersiaran pada waktu siang.
  • Kunskapskanalen (Saluran Ilmu), bersiaran dari jam 20.00-01.00, usahasama dengan UR.

Selain saluran-saluran tersebut, SVT memiliki saluran acara khas iaitu SVT Extra yang jarang digunakan. Pada tahun 2006, SVT melancarkan saluran definisi tinggi iaitu SVT HD, yang menyiarkan rancangan saluran SVT yang lain secara serentak dalam versi HD.

SVT World, iaitu campuran saluran-saluran SVT, disiarkan melalui satelit, dan juga bersiaran terestrial di kawasan-kawasan berbahasa Sweden di wilayah selatan Finland. Atas sebab-sebab hak penyiaran, SVT World tidak menyiarkan bahan-bahan dari luar, seperti filem, sukan, atau rancangan berbahasa Inggeris.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Templat:European Broadcasting Union Members