Susana Duijm
Carmen Susana Duijm Zubillaga (11 Ogos 1936–18 Jun 2016) ialah bekas model, pelakon dan pengacara televisyen Venezuela yang memenangi Miss World 1955. Beliau menjadi wanita Venezuela dan Latin pertama yang menjadi pemenang Miss World ataupun pertandingan kecantikan besar dunia, dalam sejarah.
Susana Duijm | |
---|---|
Kelahiran | Carmen Susana Duijm Zubillaga 11 Ogos 1936 |
Meninggal dunia | 18 Jun 2016 Pulau Margarita, Venezuela | (umur 79)
Nama lain | Susana Duijm |
Ketinggian | 5 ft 8.5 in (1.74 m) |
Pangkat | Miss Venezuela 1955 Miss World 1955 |
Pemenang pertandingan kecantikan | |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Coklat |
Pertandingan utama | Miss Venezuela 1955 (Pemenang) Miss Universe 1955 (Top 15) Miss World 1955 (Pemenang) |
Miss Universe
suntingSebelum bersaing di Miss World, Duijm menjadi semi-finalis di pertandingan kecantikan Miss Universe 1955.
Miss World
suntingBeliau memenangi Miss World pada tahun 1955, mewakili Venezuela, menjadi seorang wanita Hispanik pertama yang memenangi gelaran ini.[1] Pertandingan ini diadakan di London, United Kingdom.
Kehidupan selepas pertandingan
suntingKejayaan sebagai seorang ratu cantik membawa beliau ke kerjaya sebagai seorang pelakon dan pengacara di televisyen Venezuela. Beliau menetap di Pulau Margarita, Venezuela sehingga 2016.
Anak perempuannya, Carolina Cerruti ialah wakil rasmi Venezuela ke Miss World 1983 yang diadakan di London, pada 17 November 1983.[2]
Kematian
suntingBeliau tinggal sehingga akhir hayatnya dengan adiknya Giocconda di Pulau Margarita, di sebuah rumah berdekatan La Asunción, yang dipanggil "1955". Berdekatan Porlamar, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun, mengendalikan program radio FM 98,1 berjudul "De tono a tono con Susana". Pada Jun 2016 pada usia 79 tahun beliau menderita angin ahmar (CVA, cerebrovascular accident). Beliau meninggal pada 18 Jun 2016 di Pulau Margarita, Venezuela.[3]
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2020-01-06.
- ^ "Miss World Coverage 1983". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2020-01-06.
- ^ El Nuevo Herald "Muere Susana Duijm, la primera miss Mundo de Venezuela." - diperbaharui Jun 2016
Pautan luar
suntingAnugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Gisela Bolaños |
Miss Venezuela 1955 |
Diikuti oleh: Blanca Heredia |
Didahului oleh Antigone Costanda |
Miss World 1955 |
Diikuti oleh: Petra Schürmann |