Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ialah badan bebas, separa kehakiman Malaysia yang ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utama MyCC ialah untuk melindungi proses persaingan bagi kepentingan sektor perniagaan, pengguna dan ekonomi. Ia ditubuhkan pada 2011 dan merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.[1]
MyCC | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 2011 |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
Ibu pejabat | Tingkat 15, Menara SSM @Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur, Malaysia |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia |
Laman sesawang | www |
Sejak 2013, MyCC telah mewujudkan Program Geran Penyelidikan yang bertujuan bagi menggalakkan kajian mengenai isu-isu persaingan dalam konteks ekonomi, dasar dan undang-undang persaingan di Malaysia.[2]
Pada Mac 2017, agensi ini juga berjaya menghantar isyarat kuat untuk komuniti perniagaan di Malaysia mengenai kewajipan dan pematuhan.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Suruhanjaya Persaingan Malaysia siasat komplot tipu tender, lapor polis". The Malaysian Insight. 25 Ogos 2019. Dicapai pada 22 September 2020.
- ^ "Geran Penyelidikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia tahun 2019". Universiti Kebangsaan Malaysia. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 22 September 2019.
- ^ "MyCC berjaya hantar isyarat kuat kepada komuniti perniagaan di Malaysia". Utusan Borneo. 7 Mac 2017. Dicapai pada 22 September 2017.