Surat Dari Tuhan
Surat Dari Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Janna Nick. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 30 Oktober 2023 menggantikan Haloba.[1]
Surat Dari Tuhan | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Rozie Rashid Soula Nordin |
Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Puas Sudah" - Aina Abdul |
Lagu penutup | "Terus Bersinar" - Hafiz Suip |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman J.P |
Penerbit | Norley Aimi Nadiah Shaari |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 30 Oktober 2023 – 19 Disember 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Haloba |
Diikuti oleh | Hati Tercarik Luka |
Sinopsis
suntingMengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah, namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.
Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah.
Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.
Ringkasan Episod
suntingEpisod 1
suntingMisha, yang baru sahaja diberhentikan kerja, menghadapi tekanan hebat dari makciknya untuk segera mendapatkan wang. Di sebalik kegelisahan Misha, Ryan berkongsi impian hatinya dengan ibunya untuk memulakan perniagaan percetakan. Sementara itu, Suzana bergelut menguruskan suaminya yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan mental. Takdir memainkan peranan apabila Misha terserempak kembali dengan Ryan.
Episod 2
suntingRahsia masa lalu mula terbongkar apabila Misha dan Ryan menjelaskan sebab sebenar perpisahan mereka sebelum ini, menyisakan luka lama dan harapan baru. Di tengah-tengah itu, Rania berani menentang halangan kewangan demi mengejar impian melanjutkan pelajaran ke kolej swasta. Sementara Mus dengan penuh semangat mendesak Ryan untuk memulakan perniagaan percetakan mereka, Misha merancang strategi untuk menawan kembali hati Ryan dengan penuh keazaman.
Episod 3
suntingImpian Ryan semakin hampir menjadi kenyataan apabila dia berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman untuk memulakan perniagaannya—'Kalam Print'. Kegembiraan menyelubungi dirinya ketika berkongsi berita gembira ini dengan Suzana, pelanggan setianya dalam rekaan. Keterujaan Misha semakin membara apabila dia mengetahui tentang potensi perniagaan Ryan, mendorongnya untuk semakin gigih menapak kembali ke dalam hidup Ryan. Hubungan antara mereka semakin mendalam sehingga Ryan membuat keputusan berani untuk membawa Misha berjumpa dengan keluarganya.
Episod 4
suntingDalam momen yang penuh emosi, Ryan memberikan peluang kedua kepada Misha dengan melamarnya untuk berkahwin, mengukir harapan baru dalam kehidupan mereka. Suzana merasa bangga atas pencapaian Ryan, namun di sebalik itu, perasaan cemburu mula menyelinap dalam hati Misha ketika dia melihat keakraban antara Ryan dan Suzana. Sementara itu, dalam kesamaran, Mus mula mengambil langkah halus untuk menarik perhatian Misha, yang bakal mencetuskan lapisan konflik yang tidak dapat dijangka.
Episod 5
suntingDipengaruhi oleh nasihat Leha, Misha menuntut wang hantaran berjumlah RM20,000, menjadikan situasi kewangan semakin tegang. Dalam diam, benih keinginan mula tumbuh apabila Misha mula memikirkan tentang Mus, cuba merayu ke dalam hidupnya. Walaupun telah dinasihati berkali-kali oleh keluarga dan sahabat, Ryan tetap teguh dengan hasratnya untuk berkahwin dengan Misha. Sebagai simbolik permulaan yang baru dan bagi memenuhi impian ibunya, Ryan mendedikasikan "Surat Dari Tuhan" kepada dua wanita penting dalam hidupnya.
Episod 6
suntingSelepas perkahwinan, gelombang konflik mula bergelora apabila Misha menentang keputusan Ryan untuk menjadikan Mekah sebagai destinasi pertama mereka. Kini, sikap sebenar Misha mula terserlah apabila dia menunjukkan keengganannya untuk beradaptasi dengan ahli keluarga Ryan, khususnya kepada ibu mertuanya. Di sisi lain, Mus pula semakin tertekan akibat dikejar Along, yang akhirnya mencetuskan pertengkaran hebat dengan isterinya.
Episod 7
suntingMisha masih cuba memujuk Ryan untuk membatalkan pakej umrah yang telah ditempah. Ryan yang ingin berkunjung ke rumah makcik Leha menyebabkan Misha gelisah. Tindakan Daud (suami Suzana) yang menhalau semua tetamu semasa majlis sambutan ulangtahun Daria menyebabkannya bersedih. Dalam sembunyi, Misha keluar berduaan dengan Mus sebelum mencetuskan kekecohan dalam rumah apabila gergaduh dengan Rania.
Episod 8
suntingSebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah, Misha masih berlaku curang dan bejumpa dengan Mus di lapangan terbang. Misha step up the game apabila menjadi dalang "kehilangan" Rafilah sejurus tiba di Tanah Suci, dan sanggup melafazkan sumpah palsu. Jauh di seberang lautan, Mus dicederakan oleh gengster yang diupah oleh Along. Damien memulakan rencana untuk memerangkap Rania. Daud yang berterusan mendambakan arwah anaknya menguji tahap kesabaran Suzana.
Episod 9
suntingPelakon
suntingPelakon utama
sunting- Shukri Yahaya sebagai Ryan
- Janna Nick sebagai Misha
- Ummi Nazeera sebagai Suzana
- Sheila Mambo sebagai Rafilah
- Trisha Ooi sebagai Rifqa
- Qistina Raisah sebagai Rania
- Wanns Ahmad sebagai Uzair
Pelakon pembantu
sunting- Arash Mohamad sebagai Daud
- Syefikk sebagai Mus
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Cik Leha
- Meor Mohd sebagai Cik Don
- Shahidan Izwan sebagai Damien
- Qayra El sebagai Daria
- Nik Ramli Rejab sebagai Fauzi
- Nada Nursyuhada sebagai Isteri Mus
- Mohamad Danial Aiman Badrul sebagai Daris
- Fariza Syafinaz sebagai Karen
- Qasehku Effa Al Habshee sebagai Kak Lina
- Aish Dee sebagai Emeline
- Zaliqqal Ezzah sebagai Nadia
- Fatin Nabila Mohd Salim sebagai Farah
- Siti Latifah Meor Azizul Rahman sebagai Cikgu Siti Hajar
- Airil Hafiz Mat Kila sebagai Amin
- Nur Ain Tay Chui Chui sebagai Ahso
- Mohammad Hairi Ab Ghani sebagai Adam
- Saiful Arzuan bin Zulkifli sebagai Atoi
- Loh Chuah Boon sebagai Ah Kui
- Nurul Farisya Bte Roslan sebagai Nana
- Rashimah Bee sebagai Hasiah
- Eyda Rahman sebagai Cik Jem
- Suhaili Mohd Disa sebagai Kak Senah
- Mas Idani Mohamed sebagai Cik Ton
- Nur Khalaf Zulkafli sebagai Kak Anje
- Norzalina Ismail (Aleen) sebagai Bibik Suzanna
- Maya Jaafar sebagai Doktor Zanidah
- Mimi Ara Azman sebagai Maya
- Nawi sebagai Kawan Damien
Pelakon pembantu (Mekah Jeddah & Madinah)
sunting- Bismie Amir
- Hanim Shaari
- Yusnita Yusoff
- Hanif Ismail
- Haji Adnan @Samadeeko Adnan
Pelakon pelajar sekolah
sunting- Nur Izzara Sophia Zubir
- Muhammad Alif Akmal Rizuan Shah
- Putera Iman Naufal Mohd Naim
- Haiza Aqiela M. Haizhel
Pelakon kanak-kanak
sunting- Eqy Elrizqry
Pelakon bayi
sunting- Nur Humaira bin Fazli
Pelakon tambahan (Kalam Print)
sunting- Rezaki Daud
- Mohd Faizal Zulkefly
- Nurul Hafiza Mohd Sakri
- Nur Aliya Syuhadah Mazlan
- Muhammad Nasir Mohammad Asri
- Mohd Erman Ibrahim
- Nur Liyana bte Mohd Fauzi
- Muhammad Amirul Hakim Badrul Hadi
- Scherryl Lia Wahid
- Badrul Sham bin Harun
Pelakon tambahan (C&S Engineering)
sunting- Rezal Rahman
- Wan Badhli Wan Hamat
- Siti Zaleha Saidin
- Nasir Khan Shamsudin
- Ros Ellysya Zaidi
- Mahyuddin Mohammad
- Herma Suryani bte Abd Rahim
- Noor Asikin Mansor
Pelakon tambahan
sunting- Muhammad Asraff Ani
- Noor Zuhaira Zainodin
- Azhar Hisham bin Mat Dan
- Rohaiza Hanim Abdullah
- Khairul Hazman Abdul Hadi
- Ahmad Fateh Zhafri Ahmad Fuad
- Adli Zil Ikram Abu Bakar
- Nova @Abdul Majid Nadi
- Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar
- Syafrie Syazlan Wahab
- Suria Aweng (Ifzan Derviest)
- Mohd Ramizam Izwan Mohd Radzi
- Ishah Che Long
- Asyraf Huzairi Samsuri
- Noraziemah Mohamad
- Puteri Nur Deanna
- Suzanna Ahmad Zulhilmi Ahmad Radzi
- Mohamad Hani Asyraaf
- Dayang Rozyta Abang Kaderi
- Kartini Zakaria
- Hidayah Nur Antasha M. Azman
- Azwana bte Muhammad Arman
- Nur Zarith Arfa Mohd Asyid
- Sofea Hani
- Mazliana Mat Sor
- Edzwan Nor Azzli
- Hasliza Hussain
- Nurul Fazreyna
- Syarina Mohd Salim
- Muhammad Haikal Ahmad Misro
- Ahmad Safri bin Sulaiman
- Taufik Hidayat Khan
- Fitri Zariq Mohd Fadzil Noor Rudolph
- Ahmad Hadif/Ahmad Husairi (Hadif Jo)
- Mohd Fazlie
- Muhammad Ezammuddin Zakuan
- Rabiatul Adawiyah Ramdzi
- Fatin Nazirah Hanapi
- Wan Nurul Shahira Wan Syahril Anuar
- Khalid Nawawi
- Nor Amin Mohd Isa
- Sunny Shahros Roslan
- Zaed Abd Hamid
- Nor Shahida
- Nor Armiezawati Abdullah
- Anita Azura Jahaya
- Rossailawati Alias
- Sharma Azli Ramli
- Mohamad Hisham Mohamad
- Aiman Husaini Husin
- Nurul Aziera Azreen Zainudin
- Laymand Rayne Anak Brown
- Muhammad Syukhri Zahari
- Faridh bin Abdul Rahman
- Khelly Kuzaman Mohd Nasir
- Mohd Syahril Maslan
- Faridh Abdul Rahman
- Jashwiniy A/P Arunasalam
- Royce Iqram
- Tuan Muhd Syafiq Tuan Roslan
- Rose Razak
- Noor Anis Shahira
- Bunga Lieza Kowangit
- Zuliana Ernie Zainon
- Muhammad Solahuddin Awang
- Puteri Nurul Raffizah
- Emeline Lim Hui Hong
- AJ Azman
- Fadhil Abdul Aziz
- Iskandar
- Muhammad Iqmar Marjaeca
- Yasmin Nurain bte Ahmad
- Michael Po
- Draman Muhammad
- Fatin Ariana Yusof
- Vijay Kumar
- Azarudin Ellwey
- Arilla Sri Masayu Abd Rahim
- Juriati Jamaluddin
- Muhammad Fakhrullah Nor Azhar
- Hazwan Adnan
- Zalinin Che Samsudin
- Amirul Mukminin Nor Azahar
- Muhd Fauzi
- Lanura Darsani
- Muhammad Aiman Mukmin
- Nurain Adina bte Norizal
- Siti Nasuha Mohammed Tabingon
- Nazirul Syazwan Norazmi
- Nur Sabrina Yasmin
- Intan Sofea Abd Jalil
- Nurul Huda Abdullah
- Nur Hidayatullah Mohd Firdaus
- Muhammad Airul Affizan Abdullah
- Muhammad Khairul Rohaizat
- Mohammad Muzakkir Asyraf
- Khalil Iskandar
- Norhasliza Hassan
- Fattah Ali
- Nur Fairuz Hadi
- Muhammad Khuldun Aman Che Bakar
- Maisarah Mohd Zaifulizan
- Muhammad Farhan Haqeem Najman
- Muhammad Adam Ikmal bin Kamarizal
- Fifie Azmi
- Hannah Lee
- Hairi Azuat Razali
- Muhammad Aliff Asyraaf Nordin
- Muhammad Syafwan Syazwa Sufian
- Nurul Huda Abdullah
- Nursuhada Baharudin
- Mohd Yusof Shamsuddin
- Aliyah Fadhil
- Jaslinda Ibrahim
- Habeeb Rasely
- Nurain Adina Norizal
- Mohd Azlan Kamaruzaman
- Mohd Amirul Hazlee
- Muhammad Danial Syafiq Zailani
Runut bunyi
sunting- "Puas Sudah" - Aina Abdul
- "Terus Bersinar" - Hafiz Suip
- "Katakan Pada Dia" - Iskandar Projector Band & Jasper Supayah
- "Sengaja" - Amir Masdi
- "Tusuk" - Shiha Zikir
- "Berhenti Mencinta" - Amir Masdi
- "Retak" - Aqeesh Aleeya
- "Terus Bersinar" - Lobow
- "Tiada Dirimu" - Shila Amzah
- "Syayangku" - Wanns Ahmad
- "Baek" - Farisha Iris
- "Hello" - Farisha Iris
- "LabbaikAllah" - Inteam
Rujukan
sunting- ^ "Drama Surat Dari Tuhan". Myinfotaip. 1 November 2023.