Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 6 ayat dan termasuk surah Makkiyah. Nama Al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.

سورة الكافرون

Isi kandungan surah ini adalah tidak diizinkannya berkompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama.

Latar Belakang

sunting

Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Pada salah satu upaya tersebut mereka berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan: jika Rasulullah mahu memuja Tuhan mereka, maka merekapun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.

Terjemahan ayat

sunting

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
  2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
  3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
  4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
  5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
  6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Pautan Luar

sunting


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Kauthar
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah An-Nasr
Surah 109