Sungai Tesa
Sungai Tesa (Jawi: سوڠاي تسا ) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][6] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Tesa | |
---|---|
Sungei Tesa, Sungai/Sungei Kesa | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 7.06 km (4.39 bt) ke timur laut dari Rumah Muran, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 300 dan 320 meter (984.3 dan 1,049.9 ka) |
Muara | Sungai Selangau |
• lokasi | kira-kira 0.82 km (0.51 bt) ke barat daya dari Rumah Juan, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°27′36″N 112°25′29″E / 2.46013°N 112.42468°EKoordinat: 2°27′36″N 112°25′29″E / 2.46013°N 112.42468°E |
• ketinggian | di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) |
Panjang | 5.45 kilometer (3.4 bt)[1][2][3] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Selangau → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[4][5] |
Peta topografi | JUPEM Selangau dan Batu 36 Ulu Oya (DNMM5201) JUPEM Nanga Arau (MY512A) |
Latar belakang
suntingNama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[5] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Tesa telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 29 Julai 2023. Pengenal pasti Sungai Tesa dalam GeoNames ialah 12547384.[6] Nama lain bagi Sungai Tesa yang dicatatkan ialah Sungei Tesa, Sungai Kesa dan Sungei Kesa.[6]
Bentuk fizikal
suntingSungai Tesa berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Mukah Hills dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 7.06 kilometer (4.4 bt) ke bahagian timur laut dari petempatan manusia yang terhampir iaitu Rumah Muran. Punca untuk Sungai Tesa juga berhampiran dengan puncak Bukit Jatan dan punca bagi Hulu Sungai Kukok yang mengalir ke Batang Mukah.[1][3] Sungai ini secara keseluruhanya bakal mengalir ke arah barat laut untuk menuju ke penamatnya. Setibanya di penamatnya, Sungai Tesa akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan ini terletak lebih kurang 0.82 km (0.51 bt) ke bahagian barat daya dari Rumah Juan.[1][2]
Sungai Tesa mengalir sepanjang kira-kira 5.45 kilometer (3.4 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Tesa terletak di ketinggian di antara 300 dan 320 meter (984.3 dan 1,049.9 ka) dari atas paras laut,[1][3] manakala muara sungai bagi Sungai Tesa pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Tesa merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Rusan dan Sungai Kelaman.[2][6]
Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Tesa.[7] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Tesa dilitupi dengan kawasan perhutanan dara dan sekunder yang tebal dan beberapa kawasan petempatan manusia.[7] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Tesa ialah Rumah Ubah, Rumah Ugap, Rumah Emang, dan Rumah Juan.[1]
Lihat juga
sunting- Sungai Rusan, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Kelaman, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2006.
- ^ a b c Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Batu 36 Ulu Oya (202)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2003.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960-an. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c d "Sungai Tesa, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 29 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.