Sungai Sikup
Sungai Sikup (Jawi: سوڠاي سيكوڤ ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Sikup | |
---|---|
Sungei Sikup, Sg. Sikup | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 890 meter ke barat daya dari Rumah Nyami, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) |
Muara | Sungai Sakup |
• lokasi | kira-kira 1.2 kilometer ke timur-tenggara dari Rumah Antalai, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°29′34″N 112°21′01″E / 2.49276°N 112.3502°EKoordinat: 2°29′34″N 112°21′01″E / 2.49276°N 112.3502°E |
• ketinggian | di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka) |
Panjang | 1.48 kilometer (0.9 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Sakup → Sungai Selangau → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3][4] |
Peta topografi | JUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A) |
Sejarah
suntingSungei Sikup merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Sikup yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Sikup dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 29 Julai 2023, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 12547383.[5]
Bentuk fizikal
suntingSungai Sikup berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang pamah di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Sikup terletak di Bukit Sinang, kira-kira 890 meter ke arah barat daya dari Rumah Nyami. Sungai ini mengalir ke arah barat laut untuk mendekati muaranya di Sungai Sakup. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Sakup, iaitu anak sungai kepada Sungai Selangau sebagai penamat Sungai Sikup. Muara bagi Sungai Sikup terletak 1.2 kilometer ke arah timur-tenggara dari Rumah Antalai, Daerah Selangau.[1][2]
Sungai Sikup mengalir sepanjang kira-kira 1.48 kilometer (0.9 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Sikup terletak di ketinggian di antara 30 dan 40 meter (98.4 dan 131.2 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Sinang manakala muara sungai bagi Sungai Sikup pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Sikup merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Sikup juga merupakan anak sungai kepada Sungai Sakup yang mengalir ke Sungai Selangau.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Kuala Sungai Sakup dan Sungai Susan.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sikup.[6] Kawasan lembah Sungai Sikup dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang berekatan dengan Sungai Sikup ialah Rumah Umban, Rumah Nyami, dan Rumah Antalai.[1][2][3]
Anak sungai
suntingDalam peta topografi siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), tiada sungai yang didapati bermuara di Sungai Sikup.[2]
Lihat juga
sunting- Sungai Susan, anak sungai Sungai Sakup berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
- ^ a b c d Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960-an. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Sikup, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.