Sungai Ruil
Sungai Ruil terletak di Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Orang Asli suku Semai telah lama tinggal di sini dan menarik perhatian pelancong.
Sungai Ruil | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Tarikan pelancong
suntingPada 25 Jun 2009, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merasmikan pakej pelancongan Orang Asli Sungai Ruil. Pelancong asing memang meminati kehidupan asli , sebenar dan 'adventurer' di dalam hutan.Pelancong dari Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman, negara-negara Skandinavia dan United Kingdom yang menghargai gaya hidup dan warisan masyarakat Orang Asli seluruh dunia termasuk Malaysia. Mereka menganggap kehidupan tradisional Orang Asli sangat eksotik dan perlu dikekalkan.[1]
Pada 7 Ogos 2011, seramai tujuh Orang Asli Semai di Sungai Ruil maut akibat tanah runtuh dalam tragedi Tanah runtuh Cameron Highland 2011.