Sungai Putting
Sungai Putting (Jawi: سوڠاي ڤوتتيڠ ), atau juga dikenali sebagai Sungai Puting merupakan sebatang sungai di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[2] Sungai Putting mengalir di bahagian timur Mukim Jimah dan selatan Mukim Labu, bermula di Bukit Sendayan dan tamat di pertemuan Sungai Lukut Besar.[1][3] Ia terletak kira-kira 62 kilometer (38.5 bt) ke arah selatan dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Putting | |
---|---|
Sungai Puting | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Port Dickson Seremban |
Mukim | Jimah Labu |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Bukit Sendayan |
• koordinat | 2°38′20″N 101°52′41″E / 2.639°N 101.878°E |
• ketinggian | 178 meter (584.0 ka) |
Muara | Sungai Lukut Besar |
• lokasi | di Kampung Kebun Jimah |
• koordinat | 2°36′07″N 101°49′59″E / 2.602°N 101.833°EKoordinat: 2°36′07″N 101°49′59″E / 2.602°N 101.833°E |
• ketinggian | 9 meter (29.5 ka) |
Panjang | 10 kilometer (6.2 bt)[1] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Lukut Besar → Selat Melaka |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Sejarah
suntingRekod terawal mengenai Sungai Putting dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 2°37′N 101°51′E / 2.617°N 101.850°E. Dalam gazetir tersebut, nama sungai ini dieja dengan nama Sungai Puting.[4]
Ciri-ciri fizikal
suntingBerdasarkan peta Tanah Melayu bersiri GSGS 4203 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Sungai Putting terletak di Bukit Sendayan dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 178 meter (584.0 ka).[5] Sungai Putting akan memasuki mukim Jimah, Port Dickson meninggalkan Mukim Labu, Seremban, sebaik sahaja terdapat dua anak sungai tanpa nama bermuara di sini.[1] Seterusnya, sungai ini akan mengalir di tepi Jalan Seremban dan membentuk sempadan antara Mukim Port Dickson dan Mukim Jimah, dengan satu anak sungai bermuara di sepanjang sempadan ini. Ia akan berhenti menjadi sempadan antara kedua-dua mukim tersebut setelah direntasi Lebuhraya Seremban–Port Dickson lalu memasuki zon pentadbiran Pekan Jemima. Dalam pekan ini, Sungai Putting akan melengkung ke barat dan melalui kawasan Bandar Springhill, dengan 10 anak sungai tidak bernama bermuara di sekitarnya. Sungai Putting memasuki semula mukim Jimah dengan satu anak sungai bermuara di sini lalu diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Lukut Besar, di ketinggian atas min aras laut iaitu 9 meter (29.5 ka) di Kampung Kebun Jimah.[1]
Ciri-ciri lembangan
suntingMenurut peta FMS Survey, terdapat 19 anak sungai tanpa nama bermuara di Sungai Putting.[5]
Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, terdapat 23 anak sungai tanpa nama bermuara di sungai ini.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Dokumen Gazetir - Negeri Sembilan 2022" (PDF). Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi Malaysia. m/s. 120. Dicapai pada 2023-03-14.
- ^ "Sungai Puting, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 7 Mei 2011. Dicapai pada 14 Mac 2023.
- ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section (1951) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1951 – Seremban (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 3F/8. Malaysia.