Sungai Ngaroh
Sungai Ngaroh (Jawi: سوڠاي ڠاروه ) ialah sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Ngaroh | |
---|---|
Sungei Ngaroh, Sg. Ngaroh | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 2.2 kilometer ke tenggara dari Ladang Hijau Sarawak, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka) |
Muara | Sungai Selangau |
• lokasi | Rumah Nyami, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°29′28″N 112°22′15″E / 2.4911°N 112.37091°EKoordinat: 2°29′28″N 112°22′15″E / 2.4911°N 112.37091°E |
• ketinggian | di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) |
Panjang | 4.12 kilometer (2.6 bt)[1][2] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Selangau → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[3][4] |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tak bernama |
• kanan | anak sungai tak bernama |
Peta topografi | JUPEM Selangau (DNMM5201/MY512A) |
Sejarah
suntingSungei Ngaroh merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Ngaroh yang digunakan sebelum tahun 1972.[1][5] Nama sungai ini pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[3] Sungai Ngaroh dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994, dengan pengenal pasti dalam GeoNames iaitu 1753652.[5]
Bentuk fizikal
suntingSungai Ngaroh berpunca di kawasan perhutanan sekunder yang berbukit di dalam Hutan Simpan Selangau di Daerah Selangau, Sarawak. Punca bagi Sungai Ngaroh terletak di Bukit Karah, kira-kira 2.2 kilometer ke arah tenggara dari Ladang Hijau Sarawak. Sungai ini mengalir ke arah selatan dahulu kemudian melengkung ke barat dan ke arah barat daya dalam beberapa kilometer untuk mendekati muaranya di Sungai Selangau. Sungai ini akan bercamtum dengan Sungai Selangau, iaitu anak sungai kepada Batang Mukah sebagai penamat Sungai Ngaroh. Muara bagi Sungai Ngaroh terletak 400 meter ke arah timur Rumah Nyami, Daerah Selangau.[1][2]
Sungai Ngaroh mengalir sepanjang kira-kira 4.12 kilometer (2.6 bt) daripada hulu sungai sehingga hilir sungainya. Punca bagi Sungai Ngaroh terletak di ketinggian di antara 80 dan 100 meter (262.5 dan 328.1 ka) dari atas paras laut tidak jauh daripada puncak bagi Bukit Karah manakala muara sungai bagi Sungai Ngaroh pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 30 meter (65.6 dan 98.4 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Ngaroh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu. Sungai Ngaroh juga merupakan anak sungai kepada Sungai Selangau yang mengalir ke Batang Mukah.[3][4] Kedudukan sungai ini terletak di antara Sungai Pangan dan Sungai Ngayah.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Ngaroh.[6] Kawasan lembah Sungai Ngaroh dilitupi dengan kawasan perhutanan.[1][6] Kawasan petempatan manusia yang berekatan dengan Sungai Ngaroh ialah Rumah Nyami dan Rumah Nyaling.[1][2][3]
Anak sungai
suntingDalam peta topografi siri DNMM5201 yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), terdapat lima batang sungai yang didapati bermuara di Sungai Ngaroh.[2]
Lihat juga
sunting- Sungai Pangan, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Ngayah, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e f g Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1992–2010.
- ^ a b c d Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960-an. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c d "Sungai Ngaroh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 21 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.