Sungai Merau
Sungai Merau (Jawi: سوڠاي مراو ) merupakan sebatang sungai di Daerah Selangau, dalam negeri Sarawak, Malaysia. Sungai ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Sibu dan juga merupakan cabang sungai kepada Sungai Selangau.[2][6] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Merau | |
---|---|
Sungei Merau, Sungai/Sungei Merah | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Selangau |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 2.59 km (1.61 bt) ke selatan-tenggara dari Rumah Jimbai, Daerah Selangau |
• ketinggian | di antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka) |
Muara | Sungai Selangau |
• lokasi | kira-kira 0.75 km (0.47 bt) ke barat daya dari Rumah Janting, Daerah Selangau |
• koordinat | 2°27′21″N 112°26′42″E / 2.45584°N 112.44503°EKoordinat: 2°27′21″N 112°26′42″E / 2.45584°N 112.44503°E |
• ketinggian | di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) |
Panjang | 3.90 kilometer (2.4 bt)[1][2][3] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Selangau → Batang Mukah → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Batang Mukah[4][5] |
Peta topografi | JUPEM Selangau dan Batu 36 Ulu Oya (DNMM5201) JUPEM Nanga Arau (MY512A) |
Latar belakang
suntingNama sungai ini telah dipaparkan dalam peta terbitan Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu, Sarawak & Sabah 1:50,000 siri T735 yang diterbitkan pada tahun 1960-an.[5] Toponim bentuk muka bumi ini iaitu Sungai Merau telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 10 Februari 1994. Pengenal pasti Sungai Merau dalam GeoNames ialah 1754871.[6] Nama lain bagi Sungai Merau yang dicatatkan ialah Sungei Merau, Sungai Merah dan Sungei Merah.[6]
Bentuk fizikal
suntingSungai Merau berpunca di kawasan perhutanan di Hutan Simpan Mukah Hills dalam Daerah Selangau, Sarawak iaitu lebih kurang 2.59 kilometer (1.6 bt) ke bahagian selatan-tenggara dari petempatan manusia yang terhampir iaitu Rumah Jimbai. Punca untuk Sungai Merau juga berhampiran dengan puncak Bukit Jatan dan punca bagi Sungai Kara.[1][3] Sungai ini secara keseluruhanya bakal mengalir ke arah barat laut untuk menuju ke penamatnya. Setibanya di penamatnya, Sungai Merau akan membuat pertemuan dengan Sungai Selangau dan terus mengalir ke Batang Mukah. Pertemuan ini terletak lebih kurang 0.75 km (0.47 bt) ke bahagian barat daya dari Rumah Janting.[1][2]
Sungai Merau mengalir sepanjang kira-kira 3.90 kilometer (2.4 bt) dari punca ke muaranya di Sungai Selangau. Punca bagi Sungai Merau terletak di ketinggian di antara 120 dan 140 meter (393.7 dan 459.3 ka) dari atas paras laut,[1][3] manakala muara sungai bagi Sungai Merau pula terletak di ketinggian di antara 20 dan 40 meter (65.6 dan 131.2 ka) dari atas paras laut.[1][2]
Bentuk lembangan
suntingSungai Merau merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Selangau terletak di antara Sungai Samunsang dan Sungai Bakakang.[2][6]
Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Merau.[7] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Merau telah dilitupi dengan kawasan perhutanan dara dan sekunder yang tebal. Terdapat juga beberapa petempatan manusia yang dibina dan kawasan pertanian jenis pindah di lembah Sungai Merau.[7] Petempatan yang berdekatan dengan Sungai Merau ialah Rumah Juan, Rumah Janting, Rumah Merayang, dan Rumah Jimbai.[1]
Lihat juga
sunting- Sungai Samunsang, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hilir sungai
- Sungai Bakakang, anak sungai Sungai Selangau berikutnya menuju ke hulu sungai
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ a b c d e Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Selangau (187)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2006.
- ^ a b c Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak & WP Labuan [Lembar Batu 36 Ulu Oya (202)] (Peta). 1:50,000. DNMM5201. Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 2003.
- ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
- ^ a b c Sarawak & Sabah 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Directorate of Overseas Surveys Great Britain; Direktorat Pemetaan Negara Malaysia. 1960-an. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c d "Sungai Merau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 29 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.