Sungai Korok
Sungai Korok ialah sebuah kampung terletak di kawasan Pinang Tunggal, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Sebagai kawasan persisiran pantai kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering banjir oleh itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buroh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek.
Sekarang ini merupakan kawasan penanaman and pengeluaran sayur-sayuran and buah-buahan utama di daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.